Ad

Tuesday 18 November 2014

Hujan melepasi paras waspada



NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN
18 November 2014

    Keadaan jalan Bukit Penggorak ke Kemaman dekat Gebeng dinaiki air 0.3 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sehingga jam 5 petang semalam.      Keadaan jalan Bukit Penggorak ke Kemaman dekat Gebeng dinaiki air 0.3 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sehingga jam 5 petang semalam.
  Keadaan jalan Bukit Penggorak ke Kemaman dekat Gebeng dinaiki air 0.3 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sehingga jam 5 petang semalam.
KUANTAN - Hujan sederhana lebat yang turun sekitar daerah Kuantan menyebabkan beberapa kawasan mencatatkan taburan hujan melepasi tahap waspada bagaimanapun keadaan paras air sungai-sungai utama masih normal.

Jabatan Perparitan dan Saliran Kuantan melalui laman facebooknya menyebut, antara kawasan yang mengalami taburan hujan melepasi paras waspada termasuk Bukit Sagu dengan bacaan 33 milimeter (mm) dan bandar Kuantan, 36mm.

Manakala bagi kawasan Cerating taburan hujan melepasi paras amaran iaitu 70mm yang boleh menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.

Bacaan yang dicatatkan sehingga jam 5 petang itu menunjukkan peningkatan berbanding catatan pada jam 2.30 petang semalam iaitu 12 mm di Sungai Lembing, 14 mm di Bukit Sagu, 33mm di Bandar Kuantan dan 55mm di Cerating.

Ekoran hujan yang turun sepanjang hari, Jalan Bukit Penggorak ke Kemaman dekat sini telah dinaiki air kira-kira  0.3 meter sepanjang 100 meter dan  tidak boleh di lalui kenderaan ringan sehingga jam 5 petang semalam.

Situasi hujan semalam tidak diburukkan dengan peningkatan paras sungai disebabkan keadaan air pasang yang tidak tinggi.

Hujan lebat peringkat jingga dijangka berterusan hingga esok berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sumber bomba menyebut, kejadian limpahan air di jalan Bukit Penggorak ke Kemaman petang semalam adalah disebabkan limpahan sistem perparitan dan dijangka surut apabila hujan berhenti.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18.11.2014

No comments:

Post a Comment