Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
PARA pemain Harimau Malaya
tidak mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi ketika tewas 0-3 kepada Syria
pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
KEKALAHAN 0-3 skuad Harimau
Malaya kepada Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam kelmarin
telah mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan skuad bimbingan Dollah
Salleh itu dalam kalangan para peminat serta pemerhati sukan tempatan.
Ramai yang menganggap para
pemain skuad Harimau Malaya itu kekurangan semangat patriotik sehingga begitu
mudah hilang fokus untuk menyaingi kehebatan Syria.
Para pemerhati juga mendapati
beberapa pemain dilihat gagal memberikan prestasi terbaik berbanding ketika
beraksi dengan pasukan negeri yang mereka wakili.
Selain itu, kekalahan itu juga
menimbulkan rasa panik buat peminat-peminat terhadap kemampuan Harimau Malaya
untuk memberi cabaran pada kempen Piala AFF Suzuki 2014 yang akan bermula di
Sigapura pada 23 November ini.
Pada kempen Piala AFF Suzuki,
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Singapura,
Thailand dan Myanmar.
Kekuatan kesebelasan utama pada
aksi menentang Syria itu juga dilihat tidak begitu ampuh dan ia merupakan
kekalahan ketiga yang dialami Harimau Malaya dalam empat aksi persahabtan yang
mereka harungi setakat ini.
Sejak Dollah mengambil alih
tugas jurulatih Harimau Malaya, mereka sekadar mencatat satu kemenangan iaitu
ketika menewaskan Kemboja 4-1 dua bulan lalu.
Perlawanan-perlawanan lain
menyaksikan mereka tewas 0-4 kepada Tajikistan, tewas 0-2 kepada Indonesia dan
terbaharu tewas 0-3 kepada negara bergolak, Syria.
Dollah ketika ditemui semalam
menjelaskan bahawa dia kecewa dengan mutu permainan yang dipamerkan skuad
kendaliannya pada aksi menentang Syria malam kelmarin.
“Pada aksi separuh masa
pertama, kami bermain dengan baik walaupun dibolosi seawal minit ketiga. Saya
fikir mutu permainan kita menurun selepas gawang kami bolos lagi pada awal
babak kedua dan daripada saat itu, para pemain tidak dapat mengikut rentak
seperti aksi pada separuh masa pertama.
“Sejujurnya, saya memang
kecewa. Di situ, kita nampak pemain-pemain tidak boleh mengikut rentak Syria.
Mereka telah menunjukkan satu permainan bola sepak yang menarik.
“Jadi, kita harus belajar dan
terus berusaha untuk mengatasi segala kelemahan.
“Secara keseluruhannya, saya
juga melihat semangat berpasukan begitu lemah dan saya tidak gembira kerana
sepatutnya kami boleh beraksi dengan lebih baik.
“Apa pun, saya tetap yakin kita
boleh buat lebih baik di pentas Piala AFF Suzuki 2014 nanti,” kata Dollah.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3J2icwsmzHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment