Ad

Saturday, 29 November 2014

Harimau Malaya kotakan janji



 
INDRA PUTRA bijak menyambar peluang untuk menjaringkan gol ketiga Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

“SAYA bagaikan diserang sakit jantung.”

Demikian respons spontan jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh selepas menyaksikan kejayaan pasukannya layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 apabila menewaskan Singapura 3-1 pada aksi terakhir perinkat Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan dengan meraih empat mata manakala Thailand menerajui kumpulan dengan sembilan mata.

“Saya cukup berbangga dengan persembahan anak-anak buah saya yang mempamerkan semangat juang tinggi pada perlawanan malam ini (malam tadi).

“Lebih manis, kami berjaya mendapatkan kemenangan, sekali gus melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki tahun ini.

“Sejujurnya, penjaga gol kami (Khairul Fahmi Che Mat) tidak sepatutnya melakukan kesilapan (yang membenarkan Singapura menyamakan kedudukan).

“Bagaimanapun, mereka membuktikan kebolehan tersendiri dengan terus mempamerkan semangat perjuangan tinggi terutama pada minit-minit terakhir perlawanan.

“Hasilanya, kami berjaya mendapatkan dua jaringan dalam masa kecederaan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara mendahului Singapura menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-61.

Bagaimanapun, kesilapan Khairul Fahmi yang gagal mendakap kemas sepakan percuma Safuwan Baharuddin memberi ruang kepada Khairul Amri menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Bagaimanapun, skuad kendalian Dollah kembali mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti Safiq Rahim pada masa kecederaan.

Indra Putra Mahayuddin menamatkan perjuangan skuad Singa dengan menjaringkan gol ketiga sebelum wisel penamat ditiupkan.

Mengulas prestasi cemerlang Indra yang menjadi pemain gantian kepada Safee, Dollah berharap bintang Felda United itu bakal menjadi contoh terbaik kepada pemain-pemain muda negara.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang juara Kumpulan A, Vietnam untuk aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 7 Disember depan sebelum bertandang ke Hanoi untuk aksi separuh akhir kedua pada 11 Disember nanti.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3KWl8Hv3JHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment