Singapura: Jangan cepat berpuas
hati kerana ujian sebenar Harimau Malaya adalah menentang juara tiga kali
Thailand esok di Stadium Jalan Besar bagi aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2014.
Ia peringatan kepada anak buah
Dollah Salleh khususnya bahagian pertahanan bahawa ujian lebih mencabar bakal
mereka temui dalam misi untuk melepasi halangan peringkat kumpulan.Walaupun
pertahanan negara ampuh bertahan biarpun beraksi dengan 10 pemain sepanjang
hampir sejam ketika seri 0-0 dengan Myanmar kelmarin, ia belum menjanjikan
apa-apa apabila berdepan Thailand.
Dan itu diakui sendiri penjaga
gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.“Thailand salah satu pasukan gergasi
rantau ini dan kita kena bersiap sedia. Kita tiada pilihan selain menang baki
dua perlawanan ini.
“Kita sudah menilai kekuatan
Thailand dan mereka mempunyai ramai pemain muda. Walaupun kurang pengalaman
tapi mereka tetap bahaya dengan corak permainan pantas,” katanya.Khairul Fahmi
cemerlang dalam memastikan gawang tidak dibolosi pada aksi pertama namun
penjaga gol Kelantan itu memberikan pujian kepada barisan pertahanan dibarisi
Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Shas, Afif Amiruddin dan Zubir Azmi.
Selepas perlawanan dengan
Thailand, Malaysia akan membuat perhitungan terakhir Kumpulan B dengan juara
bertahan Singapura di Stadium Nasional Sabtu ini.Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 25 November 2014 @ 5:13 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/11548#sthash.ub0M8Gos.dpuf
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26.11.2014
No comments:
Post a Comment