Semua manusia didunia mahukan kesihatan yang baik dan kehidupan yang selesa. Tetapi sebagai pengidap diebetes hampir 13 tahun saya dapati tahap kesihatan semakin merosot. Tetapi saya bersyukur kerana masih diberi nikmat selera makan yang baik oleh Allah walau pun kerap sakit. Pada hakikatnya sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang dalam bentuk ujian dari Allah. Oleh itu kita kena redha dengan bersabar dengan penyakit yang dihidapi.Tambahan pula kawan-kawan yang mengidap penyakit yang sama seperti allahyarham Nazir Sekolah Menengah Muhammad Zain Mat dan kakak saya telah meninggal dunia pada bulan Ogos dan Julai tahun 2014.
Selamat menghadapi peperiksaan
STPM kepada semua pelajar sejarah 6 Atas Al-Razi dan 6 Atas Al-Khazini serta 6
Rendah Rahman. Minggu ini cikgu tidak dapat ke sekolah kerana masih mendapat
rawatan jangkitan kuman ditangan yang dah masuk bulan kedua. Terima kasih
kerana sudi menolong hantar ke rumah semasa cikgu sakit. Baca semua latihan dan
modul Sejarah P3 dan P1. Cikgu doakan semua lulus cemerlang dan dapat ke IPTA
atau IPTS pada tahun depan. Maaf kerana jatuh sakit dan tidak dapat besama pelajar semasa Peperiksaan P3 yang berlangsung pada minggu ini.
Foto-2 Daibetes melarat dinasihat masud Wad di Hospital Temerloh.
Kepada pelajar 6Rendah Rahman
buat semua latihan yang dirancang dan ikut analisis soalan Sejarah P1 yang
telah cikgu buat.
No comments:
Post a Comment