Wartawan Sinar Harian
23 November 2014
Apex percaya Mat Yo mampu meledak jaringan.
PENJAGA gol Harimau Malaya,
Khairul Fahmi Che Mat yakin rakan seperjuangannya Norshahrul Idhlan Talaha
mampu mempamerkan aksi berkualiti membantu pasukan mencapai kemenangan
menjelang aksi pertama Kumpulan B menentang Myanmar dalam saingan Piala Suzuki
AFF 2014, hari ini.
Jelasnya, keyakinan ini
berdasarkan persembahan Norshahrul pada dua aksi persahabatan sebelum ini
walaupun skuad kebangsaan tewas.
"Saya percaya Norshahrul
kini berada dalam prestasi terbaik dengan ketajaman penyudah, corak permainan dan keyakinan
antara kelebihan dimilikinya.
"Benteng lawan pastinya
gerun apabila bola berada di kakinya, pemain di bahagian serangan perlu
menjaringkan lebih banyak gol kerana ia yang akan menentukan kemenangan menjadi
milik pasukan.
“Bagi saingan kali ini memang
kami perlu bekerja lebih keras demi mengembalikan semula imej Harimau Malaya
yang tercalar selain mendapat semula keyakinan penyokong,” katanya.
Khairul Fahmi yang mesra dengan
panggilan Apex menuntut barisan pertahanan lebih kebal bagi memastikan
kemenangan.
“Memang saya sangat harapkan
barisan pertahanan yang akan diketuai Muslim Ahmad dapat bentuk kombinasi yang
baik.
“Jadi, saya harap dengan
latihan yang sudah kita jalankan dapat meningkatkan persefahaman antara pemain
pertahanan dan mampu menjadikan kubu Harimau Malaya lebih kebal. Kita punyai
ramai pertahanan yang hebat tapi mungkin mereka menghadapi sedikit masalah
keserasian dan ia perlu diperbaiki sepenuhnya,” katanya .
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23.11.2014
No comments:
Post a Comment