Ad

Sunday 23 November 2014

NOSTALGIA LIGA SEMI PRO 1993



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Liga Semi Pro 1993 memberi kenangan yang mendalam dalam hidup saya. Ini kerana sebagai peminat tempatan sejak tahun 1976,saya dapat menonton setiap perlawanan Liga ketika itu kerana ketika itu liga Semi Pro ditaja oleh Dunhill. Ketika itu saya masih mengajar di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan. Pahang yang menjuarai Piala malaysia pada tahun 1992 masih mengekalahkan penyerang kebangsaan Zainal Abidin Hassan yang muncul sebagai penerima Anugerah Kasut Emas 1992 setelah menjaringkan 12 gol Liga.

      Selain daripada Zainal Abidin Hassan Majlis Persatuan Bolasepak Pahang turut mengekalkan penyerang kebangsaan Dollah Salleh yang kini menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Malaysia. Zainal Abbidin Hassan dan Dolalh Salleh .merupakan aset bernilai bagi mana-mana pasukan dalam Liga Semi Pro 1993. Sebelum ini nasib dua penyerang kembar yang ditakuti lawan goncang apabila bekas pengurus Selangor yang juga Pengurus Hal-Ehwal Korporat Public Bank, memberi kata dua kepada pemain itu supaya menyarung jersi polis atau meletakkan jawatan sebagai pegawai bank berkenaan. 

      Bagaimanapun, mereka menarik nafas lega apabila, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Bank itu memberi jaminan Zainal dan Dollah tidak perlu berbuat demikian dan boleh terus mewakili Pahang.

       SUMBER-BERITA HARIAN JUMAAT 1.1.1993

No comments:

Post a Comment