Ad

Tuesday 18 November 2014

KJ yakin keupayaan Dollah Salleh



16 November 2014
 Khairy Jamaluddin
    Khairy Jamaluddin  Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan keupayaan yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dalam membawa pasukan itu pada saingan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, bermula 23 November depan.

Katanya mana-mana pihak tidak sepatutnya meragui apa sahaja keputusan yang diambil oleh jurulatih tersebut terutamanya dari segi pemilihan pemain yang akan beraksi pada perlawanan itu nanti.

"Saya tak nak komen lebih, saya yakin jurulatih Dollah Salleh tahu apa yang dia perlu buat, jadi kita tidak perlu komen lebih-lebih...biar dia buat  keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fit Malaysia Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini hari ini.

Beliau berharap Dollah dan anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik pada setiap perlawanan dalam kejohanan itu nanti.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan dengan berdepan Myanmar pada 23 November diikuti Thailand pada 26 November. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, pada 29 November ini.

Vietnam, yang menjadi tuan rumah bersama, akan mengetuai cabaran kumpulan A bersama tiga pasukan lain iaitu Filipina, Indonesia dan Laos.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke separuh akhir yang diadakan mengikut format timbal balik. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 16.11.2014

No comments:

Post a Comment