28 November 2014 1:02 AM
PEMAIN-pemain Malaysia membuat
senaman ringan sebelum memulakan
PEMAIN-pemain Malaysia membuat
senaman ringan sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Bishan semalam untuk
persediaan menentang Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF
di Singapura esok. – UTUSAN
SINGAPURA - Selepas isu
penyokong Malaysia dihadkan untuk membeli tiket ‘mahal’ sahaja, kini skuad
negara pula tidak dibenarkan meraih sedikit keserasian dengan padang Stadium
Nasional yang bakal menjadi gelanggang pertemuan dengan tuan rumah dalam
perlawanan hidup mati kedua-dua pasukan esok.
Kem Malaysia telah membuat
rayuan berulang kali dengan bantuan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada
pihak pengurusan stadium itu, Sports Hub Singapore untuk menjalani latihan di
Stadium Nasional bagi menyesuaikan diri namun permintaan mereka ditolak
mentah-mentah.
Alasan yang diberikan ialah
mereka mahu menjaga mutu padang untuk perlawanan nanti.
Ini memberikan kelebihan kepada
Singapura menjelang perlawanan terakhir dalam Kumpulan B, Piala AFF itu kerana
mereka sudah bermain dua kali di situ sedangkan anak-anak buah Dollah Salleh
selama ini beraksi di Stadium Jalan Besar yang kecil dan menggunakan padang
sintetik.
“Saya terkilan kerana
sepatutnya kita diberi peluang berlatih di situ. Saya tidak faham mengapa
mereka tidak membenarkan kita berlatih sekurang-kurangnya sekali di sana.
“Berdasarkan maklumat yang saya
dapat, perkara ini diputuskan oleh Sports Hub yang menjaga stadium itu. FAS
cuba menolong kita dalam perkara ini, tetapi mereka juga tidak mampu berbuat
apa-apa walaupun sudah melakukan rayuan berulang kali.
“Bagi saya, ini merupakan satu
kekurangan kepada kami memandangkan Singapura sudah berulang kali bermain di
sana sementara kami sekali pun belum.
“Jika mengikut peraturan,
sepatutnya kami diberikan sekali berlatih di sana, namun nampaknya kami
terpaksa menerima keputusan ini walaupun tidak adil.
“Tetapi, ini bukan
pengakhirannya kerana Thailand yang tidak mencuba padang berkenaan masih mampu
menang ke atas Singapura,” katanya yang ditemui ketika sesi latihan Harimau
Malaya di Stadium Bishan semalam.
Hanya staf kejurulatihan skuad
negara diberi peluang untuk melihat sebentar padang di Stadium Nasional selepas
sesi latihan.
Sementara itu dua pemain utama
S. Kunanlan dan Safiq Rahim tidak mampu menjalani latihan penuh ekoran kecederaan
lutut yang dialami dalam perlawanan berdepan Thailand kelmarin.
Malaysia bakal berdepan
Singapura berbekalka n satu mata yang diraih selepas terikat 0-0 dengan Myanmar
dalam perlawanan pertama dan kalah 3-2 kepada Thailand. Singapura pula kalah
2-1 kepada skuad Gajah Putih tetapi menang 4-2 ke atas Myanmar untuk mengumpul
tiga mata.
“Sebenarnya bukan semua pemain
boleh bermain baik di atas padang tiruan. Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha)
tidak boleh menunjukkan skil yang baik di atas padang tiruan, saya harap dia
akan lebih menyerlah apabila menentang Singapura.
“Saya harap kita akan dapatkan
kemenangan yang diidam-idamkan semasa berdepan Singapura nanti di Stadium
Nasional. Bukan sahaja bermain dengan baik, malah dapat fokus sepanjang 90
minit permainan dan jangan ulang kesilapan seperti ketika bertemu Thailand,”
katanya.
Dollah dikritik peminat yang
menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan
tindakan jurulatih negara itu menyenaraikan ‘orang lama’ seperti Shukor Adan
dan Indra Putra Mahyuddin.
“Kalau diikutkan, saya malas
hendak jawab soalan ini. Anda sendiri boleh tengok persembahan mereka tampak
semakin meningkat, dan jika hendak katakan saya ambil pemain senior, tak
mungkin tidak perasan ada pemain junior di dalam pasukan.
“Gary (Robbat) yang baru
berumur 22 tahun selain Zubir Azmi ada di dalam pasukan. Saya tidak faham apa
yang mereka (peminat) mahukan. Saya hendak beri fokus kepada persembahan
pasukan sahaja sebelum bertemu Singapura,” katanya. – UTUSAN
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tak-merasa-stadium-nasional-1.30042#sthash.z595euia.dpuf
No comments:
Post a Comment