Ad

Sunday, 23 November 2014

Safee Sali masih berbisa



Wartawan Sinar Harian
22 November 2014
Safee (kanan) tekad bukti kemampuannya jika diturunkan selaku pemain gantian.
    Safee (kanan) tekad bukti kemampuannya jika diturunkan selaku pemain gantian.         

BAKAL diletakkan sebagai pemain simpanan, pemilik kasut emas Piala Suzuki 2010, Mohd Safee Sali tidak gusar kerana masih boleh membuktikan kehebatan selaku pemain 'supersub' kepada Harimau Malaya.

Jelasnya, semua pemain mahu beraksi selaku pemain utama dan jika dia diletakkan sebagai pemain simpanan ia bukan masalah besar kerana percaya jurulatih punyai perancangan tersendiri.

“Saya tidak kisah, apa pun saya tetap akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain. Mungkin saya boleh menjadi supersub kepada pasukan dan ia yang ada dalam fikiran saya.

“Rekod 2010 masih segar dalam ingatan dan saya janji akan cuba mengulangi rekod sebagai penjaring terbanyak pada saingan Piala Suzuki AFF kali ini,” katanya.

Pemain yang memiliki rembatan padu dan kelebihan fizikal ini antara pemain digeruni pada saingan dua edisi kejohanan sebelum ini namun sejak kebelakangan ini sering memanaskan bangku simpanan ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan dan negeri akibat masalah kecederaan.

Bagaimanapun, kejohanan sama yang akan berlangsung di Singapura, Ahad ini mungkin menjadi keadaan yang berbeza buat pemain itu selepas beliau kini lebih banyak di letakkan dibangku simpanan oleh jurulatih, Dollah Salleh.

Ini kerana Dollah sudah membayangkan jentera serangan akan dikemudi Norshahrul Idlan Talaha dan Amri Yahyah sebagai penyerang utama.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 22.11.14

No comments:

Post a Comment