Ad

Saturday, 22 November 2014

Malaysia sedia gempur

Pertarungan sebenar baru bermula, ayuh lupakan kisah lalu 

Malaysia sedia gempur

Pertarungan sebenar baru bermula, ayuh lupakan kisah lalu

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sedia-gempur-1.27981#sthash.o6YmG5Xj.dpuf
SINGAPURA 22 NOVEMBER 2014 - Pemain Harimau Malaya menjalani latihan terakhir sebelum memulakan saingan perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myammar Ahad ini, di Stadium Jalan Besar, di sini, hari ini. Gambar: Abdul Razak Latif / Pemberita: Dayne (Sukan) / Ahmad Fazli (Sukan Kosmo).

SINGAPURA - Apa jua keputusan perlawanan persahabatan yang telah dilalui sebelum ini usah lagi dikenang, dan tiada detik yang pa­ling baik melakukan kebangkitan, selain membaham Myanmar dalam aksi pembuka tirai Piala AFF 2014 di Stadium Jalan Besar, hari ini.

Anak-anak buah Dollah Salleh turun bukan untuk merebut satu mata, sebaliknya mencari kemenangan mutlak dalam aksi pertama Kumpulan B.

Mereka memerlukan permulaan yang positif dalam misi merampas kejuaraan Piala AFF yang kali terakhir dimenangi, empat tahun lalu.

Kemenangan penting untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir, selain menaikkan semula semangat pemain selepas mengharungi kekalahan demi kekalahan dalam persiapan ke Singapura.

“Pemain amat serius menjelang perlawanan pertama dengan Myanmar, ketika ini pemain saya hanya memikirkan tentang kemenangan.

“Tiga mata sangat penting bagi membakar semangat sebelum kita berdepan Thailand pada perlawanan kedua dan Singapura.

“Dalam sesi tayangan video perlawanan Myanmar, pemain memberi maklum balas yang bagus dan turut berbincang dengan saya apakah strategi yang boleh dilakukan ketika bertemu lawan,” katanya pada sesi latihan Harimau Malaya di Jalan Besar, semalam.

Berdasarkan pemerhatian awal skuad Harimau Malaya, Dollah dijangka membuat sedikit kejutan de­ngan memberi kepercayaan kepada Gary Steven Robbat mengemudi bahagian tengah bersama ketua pasukan, Shukor Adan.

Selain itu, dia dilihat cenderung untuk menggandingkan dua tonggak PDRM, Mohd. Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin selaku pertahanan tengah, sementara Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama.

Jika mahu menumbangkan The White Angels hari ini, dia perlu me­rantai kemas empat pemain iaitu Kyaw Ko Ko, Min Min Thu, Kyi Lin dan David Htan.

“Apa yang saya boleh rumuskan selepas melakukan analisis terhadap kekuatan Myanmar, ada empat pemain cukup berbahaya.

“Ko Ko seorang penyerang berbahaya, selain pemain No. 8 (Min Min) yang cukup kreatif.

“Kyi Lin juga merupakan pe­nyerang yang sering bekerja keras, manakala keupayaan David yang menyarung jersi No. 4 juga tidak boleh dipandang rendah, “ katanya lagi. – MINGGUAN
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-sedia-gempur-1.27981#sthash.o6YmG5Xj.dpuf

No comments:

Post a Comment