24 November 2014 2:10 AM
KETUA pasukan Manchester
United, Wayne Rooney (kanan) melompat
KETUA pasukan Manchester
United, Wayne Rooney (kanan) melompat kegembiraan selepas pemain Arsenal,
Kieran Gibbs menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di
Stadium Emirates di London semalam. United menang 2-1. – REUTERS
LONDON - Gol sendiri Arsenal
telah membantu Manchester United menang 2-1 ke atas The Gunners yang turut
menyaksikan Wayne Rooney membuat jaringan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris
di Stadium Emirates semalam.
Kemenangan itu membolehkan
United berada dalam kelompok empat teratas ketika ini.
Jaringan sendiri pemain
Arsenal, Kieran Gibbs pada minit ke-56 terhasil apabila berlaku suasana panik
di bahagian pertahanan pasukan tuan rumah berikutan dua hantaran lintang
United.
Rooney kemudian mencipta
jaringan kedua pasukannya pada minit ke-85 setelah serangan balas pantas
United memecahkan benteng Arsenal. Angel di Maria mengumpan kepada Rooney yang
tidak dikawal dan penyerang itu mudah untuk menewaskan penjaga gol gantian
Emiliano Martinez.
“Kemenangan ini amat penting
buat kami.
“Kami telah melancarkan banyak
serangan terutama pada separuh masa pertama sebelum kami sedar mampu mengatasi
mereka melalui serangan balas.
“Kami harap kami mampu
meneruskan kemenangan ini dengan positif dan terus meningkat pada tahun baharu
nanti,” kata Rooney.
Pemain gantian Arsenal, Oliver
Giroud yang baru pulih daripada kecederaan membantu Gunners meraih gol tunggal
ketika masa kecederaan.
Penyerang Arsenal, Alexis
Sanchez hampir menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan pada minit ke-62
namun penjaga gol United, David de Gea berjaya menyelamatkan percubaannya.
Keputusan ini membolehkan
United mengumpul 19 mata manakala Arsenal turun ke tangga kelapan dengan 17
mata. – AGENSI
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-sendiri-bawa-petaka-kepada-arsenal-1.28412#sthash.PRWhShf4.dpuf
No comments:
Post a Comment