Ad

Sunday 23 November 2014

Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya gagal mengaum


 
PEMAIN Malaysia, Afif Amiruddin (kanan) kecewa selepas gagal menjaringkan gol ketika bertemu Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

SINGAPURA: Harimau Malaya sekadar memperoleh satu mata pada aksi pertama kumpulan B, Piala AFF Suzuki selepas terikat 0-0 dengan Myanmar, sebentar tadi.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan bertubi Myanmar.

Amri Yahyah membuka peluang pertama buat negara untuk mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu.

PEMAIN Malaysia, Gary Steven Robert dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas menjatuhkan pemain Myanmar pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli.

Minit ke-66, penjaga gol negara, Khairul Fahmi pula berjaya menepis kemas bola hasil rembatan jarak dekat penyerang lawan sekali gus menyelamatkan gawang gol negara daripada dibolosi.

Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan B, selepas ini bertemu Thailand, pada Rabu serta Singapura, Sabtu ini.
 
PEMAIN Malaysia, Zuber Azmi (kiri) berebut bola dengan pemain Myanmar, Kyi Lin pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PENYOKONG Malaysia memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang bertemu Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PEMAIN Harimau Malaya kecewa selepas gagal menjaringkan gol ketika bertemu Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B, Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini. Keputusan terikat 0-0. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 23 November 2014

No comments:

Post a Comment