Ad

Wednesday, 12 November 2014

Kisah Nabi Zulkifli.



OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Nama sebenar Nabi Zulkifli ialah Basyar bin Ayub. Oleh kerana keyakinan dan telah menjalankan tanggungjawab yang disanggupinya, Allah telah mengangkatnya sebagai nabi dan dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang sabar.[1] Nama Zulkifli bererti Saya sanggup berpunca daripada suatu peristiwa. Raja negeri tempat Nabi Zulkifli tinggal telah tua dan tidak berdaya lagi untuk memerintah. Raja tua itu ingin menyerahkan tanggungjawabnya memerintah negeri itu kepada sesiapa sahaja yang menyanggupi syarat-syaratnya, iaitu berpuasa pada waktu siang, beribadat pada waktu malam, memerintah dengan adil dan tidak marah-marah ketika menjalankan pemerintahan.[2]

      Raja tersebut mengadakan perhimpunan dan titahnya disambut oleh seorang pemuda bernama Bashar.Oleh yang demikian, Basyar yang telah digelar Zulkifli telah ditabalkan menjadi raja yang telah tua tadi. Setelah Zulkifli ditabalkan menjadi raja, maka baginda pun menyusun jadual-jadual pentadbirannya. Pada waktu siang, Nabi Zulkifli berpuasa dan pada waktu malam dia menjalankan pentadbirannya di samping beribadat. Ketika peperangan antara negerinya dengan orang-orang yang menderhaka kepada Allah, Zulkifli meminta rakyat negerinya  pergi berperang dan mendoakan keselamatan nyawa mereka dalam peperangan tersebut.[3]  



[1]Abdul Raof Dalip, Pengajaran dari Kisah Nabi,Progressive Publishing House Sdn. Bhd., Kuala Lumpur,2011, hlm.ii.
[2] Ibid,2.
[3] Ibid, 4.

No comments:

Post a Comment