Ad

Friday, 7 November 2014

Banjir di Cameron Highlands: Polis temui mayat remaja lelaki



PEMANDANGAN dari atas menunjukkan paras air Sungai Bertam tidak berubah selepas pintu empangan dibuka susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang semalam. - Foto Muhaizan Yahya
 
CAMERON HIGHLANDS: Satu mayat lelaki dipercayai remaja berketurunan India ditemui di dalam kawasan kebun sayur di Kuala Terla di sini pagi ini.

Mayat lelaki berkenaan dipercayai ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Sebelum ini dilaporkan seorang remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai C Munesh dipercayai dihanyutkan air dalam banjir kilat di sini malam tadi.

Setakat jam 9 pagi ini, pasukan mencari dan menyelamat masih menunggu pihak berkuasa membawa keluar mayat berkenaan.
 
PENDUDUK Lembah Bertam melihat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bertam Valley dinaiki air selepas pintu empangan dibuka susulan hujan lebat di beberapa kawasan di sekitar Cameron Highlands sejak lewat petang semalam. - Foto Muhaizan Yahya
Sumber-Berita Harian online 7.11.2014

No comments:

Post a Comment