KETUA Jurulatih Malaysia,
Dollah Salleh dan Kapten pasukan, Shukor Adan (kiri) pada sidang media di Wisma
FAM menjelang perlawanan persahabatan menentang Syria di Stadium Shah Alam pada
12 November 2014. - Foto Osman Adnan
PETALING JAYA: Pemain
kebangsaan, Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai
kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang bermula
pada 23 November ini di Singapura.
Ketua jurulatih skuad Harimau
Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor
sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul
tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah
kecederaan pada ligamen lutut kanan.
Dollah berkata pada siri
persahabatan antarabangsa menentang Syria, esok, Shukor akan menggalas tanggungjawab
itu di Stadium Shah Alam.
"Mungkin beliau (Shukor)
akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.
Kesebelasan utama yang akan
diturunkan, esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan
Piala AFF Suzuki nanti," katanya.
Dollah berkata demikian kepada
pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan
antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Sementara itu, Shukor berkata
selepas enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja
dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang
diberikan tidak disumberia-siakan.
"Satu penghargaan
dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus
membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah).
"Walaupun mungkin ada
pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran. Bagi saya
skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi
bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya," kata pemain
berusia 35 tahun itu.
Mengulas perlawanan
antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata
kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum
beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.
"Kami dapat dikumpulkan
seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu
menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan
keserasian sepasukan," katanya.
Kali terakhir Shukor menyarung
jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian
jurulatih B Sathianathan. - BERNAMA
Sumber-Berita Harian online Selasa,
11 November 2014
No comments:
Post a Comment