16 November 2014 12:29 AM
KUALA LUMPUR – Persatuan
Bolasepak Selangor (FAS) menafikan dakwaan bahawa Paulo Rangel tidak menerima
gaji sebagaimana dijanjikan.
Malah, Timbalan Presiden (FAS),
Datuk Abdul Mokhtar Ahmad menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain
kelahiran Brazil itu tidak profesional dan menyebabkan timbul pelbagai
spekulasi terhadap FAS.
Mokhtar, dalam kenyataan yang
dikeluarkan oleh FAS semalam, berkata dakwaan Rangel itu tidak benar sama
sekali malah pemain itu sudah pun menerima bayaran melebihi RM1 juta, tidak
termasuk bonus dari awal musim hingga kini.
“Rangel dianggarkan menerima
RM1 juta untuk gaji dan signing on fees, tidak termasuk bonus untuk kemenangan.
Malah FAS turut menjelaskan kontraknya dilanjutkan untuk dua tahun lagi
sehingga 2016 dengan bayaran tandatangan berjumlah RM300,000. Kontrak tersebut
bermula 1 Disember ini.
“Kami sudah menjelaskan wang
pendahuluan berjumah RM100,000 pada 21 Oktober lalu sebelum dia berlepas pulang
ke Brazil untuk bercuti. Rangel dijadual kembali ke Selangor pada Khamis ini.
“Untuk kontrak sepanjang 2014,
Rangel juga menerima anggaran yang sama sebagai signing on fees. Jadi tidak
timbul isu FAS tidak membayar atau berhutang dengan Rangel.
“FAS telah memberi wang
pendahuluan RM100,000 sebagai singing on fees meskipun kontrak baharunya hanya
berkuat kuasa pada bulan depan,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurut beliau, Rangel turut
menerima RM50,000 sebagai bonus atas kejayaannya memenangi anugerah Kasut Emas
selepas menjaringkan 12 gol dalam liga pada musim lalu. FAS turut menanggung
tiket penerbangan dua hala buat Rangel dan keluarganya untuk pulang ke Brazil.
Mokhtar turut menyatakan
pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk mengambil tindakan terhadap pemain
itu sekiranya perlu sebaik sahaja dia kembali.
Dalam isu tersebut, ejen Rangel
sudahpun dimaklumkan untuk menasihati penyerang itu supaya lebih berhati-hati
ketika membuat sebarang ulasan sama ada di dalam media atau laman sosial yang
boleh menimbulkan salah tafsir orang ramai.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fas-dakwa-rangel-terima-lebih-rm1-juta-1.25004#sthash.vDsJYVQv.dpuf
No comments:
Post a Comment