Ad

Monday 24 November 2014

Mat Yo tak puas hati



25 November 2014 1:23 AM

Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan
Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan

Norshahrul Idlan Talaha (kanan) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Myammar, Tin Win Aung pada perlawanan pertama Kumpulan B Piala AFF di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin yang berkesudahan seri 0-0.

SINGAPURA – Penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha mengakui dia berasa kecewa dengan persembahan yang ditampilkan semasa berdepan Myanmar kelmarin kerana berasakan prestasinya di bawah tahap sebenar.

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, dia sebenarnya boleh memberikan yang lebih baik seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Saya ternyata tidak beraksi de­ngan begitu baik pada perlawanan dengan Myanmar, saya boleh berikan yang lebih baik.

“Ini bukan aksi sebenar saya, harap berdepan Thailand nanti, persefahaman saya dengan Amri Yahyah dapat diperbaiki.

“Saya juga mahu menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa selepas kali terakhir melakukannya ketika berdepan Bahrain (kelayakan Piala Asia 2015),” katanya.

Mesra dipanggil Mat Yo, pemain yang bakal beraksi bersama ATM musim depan itu tidak menafikan berasa sedikit terbeban apabila bertindak keseorangan di barisan hadapan selepas Gary Steven Robbat dibuang padang.

Situasi itu menyebabkan Amri terpaksa diletakkan di bahagian tengah bagi menampung kehila­ngan Gary.

“Saya dan rakan-rakan lambat panas dalam tempoh 20 minit pertama sebelum kami mendapat rentak 10 minit kemudian.

“Namun sayang sekali beberapa minit kemudian, Gary pula dibuang padang dan itu menjejaskan momentum para pemain.

“Sukar juga buat saya selepas detik berkenaan kerana keseorangan di bahagian depan dengan rakan-rakan lain telah meletakkan mental mereka untuk bertahan kerana kekurangan pemain dan tidak mahu tewas,” katanya.
-sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yo-tak-puas-hati-1.28841#sthash.m4CWOvqb.dpuf

No comments:

Post a Comment