MAYAT mangsa yang tertimbus di
Kilometer 2.5 Jalan Ringlet-Sungai Koyan warga Indonesia, Anipan, 48, ditemui
anggota bomba dan penyelamat semalam. - Foto Muhaizan Yahya.
CAMERON HIGHLANDS: Usaha
mencari dan menyelamat dua warga Indonesia yang dilaporkan tertimbus dalam
rumah kongsi di kebun sayur di Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini, bermula
jam 8 pagi tadi.
Kira-kira 40 anggota pasukan
mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan bomba, polis dan tentera
bergerak secara berjalan kaki ke tempat kejadian yang terletak di kawasan
berbukit bukau disertai unit anjing pengesan (K-9) bomba dan polis.
Ketua Polis Daerah Cameron
Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata operasi
pencarian itu akan turut diperluaskan ke kawasan sekitar rumah kongsi yang
tertimbus itu.
Operasi yang bermula kira-kira
jam 11.30 pagi semalam selepas menerima maklumat daripada rakan mangsa,
ditangguhkan pada jam 5.30 petang semalam selepas berlaku hujan dan pergerakan
tanah di kawasan pencarian yang dikhuatiri boleh membahayakan anggota pasukan
SAR itu.
Hujan lebat luar biasa di tanah
tinggi ini petang kelmarin mengakibatkan berlaku banjir kilat dan tanah runtuh
di beberapa tempat selain sudah meragut tiga nyawa.
Dua daripada mangsa yang maut
adalah warga Nepal dan Indonesia yang tertimbus hidup-hidup dalam rumah kongsi
yang ditimbun tanah runtuh manakala seorang remaja tempatan lemas selepas
tergelincir dan dihanyutkan arus deras.
Seramai 186 anggota penguat
kuasa terbabit dalam operasi SAR dan pemantauan sejak malam kelmarin sehingga
hari ini.
Sumber-Berita Harian online
7.11.14
No comments:
Post a Comment