Harimau baham singa untuk ke
separuh akhir
30 November 2014 1:10 AM
PEMAIN Malaysia meraikan
kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas membenam Singapura 3-1 dal
PEMAIN Malaysia meraikan
kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas membenam Singapura 3-1 dalam
perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Kallang semalam
SINGAPURA - Ketika Harimau
Malaya sudah di ambang penyingkiran, tuah mengiringi mereka apabila dua gol
waktu kecederaan membawa anak-anak buah Dollah Salleh ke separuh akhir Piala
AFF dengan menundukkan Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang, semalam.
Walaupun Khairul Amri memadam
gol pembukaan Safee Sali pada minit ke-83, semangat juang Malaysia nyata sukar
dipadam.
Tindakan Shakir Hamzah menolak
Amri Yahyah dalam kotak penalti pada minit ke-90 mendorong pengadil, Al Kaf
Ahmed Abu Bakar Said memberi sepakan penalti kepada Malaysia.
Safiq Rahim yang mengambil
sepakan tenang menewaskan penjaga gol, Hassan Sunny untuk meletakkan Malaysia
kembali di depan.
Tuan rumah tidak berputus asa
apabila cuba mendapatkan gol penyamaan, namun tindakan Hassan naik bagi
membantu semasa situasi sepakan percuma membawa padah apabila Indra Putra Mahyuddin
menghukum kecuaian Singapura.
Dia yang mendapat bola melalui
tandukan Abdul Manaf Mamat tenang menyepak masuk ke gawang yang ternganga pada
minit kelima waktu kecederaan.
Kali terakhir Malaysia menang
ke atas Singapura di sini adalah pada Piala AFF 2002 dengan kemenangan besar
4-0. Kebetulan Indra adalah penjaring gol terakhir ketika itu.
Kemenangan ini bagai
mengulangi skrip 2010 apabila Malaysia tewas aksi pembukaan kepada Indonesia,
seri dalam perlawanan kedua menentang Thailand sebelum mengalahkan Laos.
Malaysia menamatkan kempen
selaku naib juara Kumpulan B dan menempah pertemuan dengan Vietnam pada
separuh akhir.
Harimau Malaya akan menerima
kunjungan lawan di Stadium Shah Alam pada 7 Disember ini, sebelum bertandang ke
Hanoi pada 11 Disember.
“Terima kasih kepada tuhan
kerana di saat akhir kami mendapat sepakan penalti. Pemain tidak kenal erti
kekalahan apabila Singapura menyamakan kedudukan.
“Selepas empat perlawanan saya
mengambil alih skuad ini, kami tidak mampu mendapatkan kemenangan, kami masih
mampu melayakkan diri ke separuh akhir dan strategi saya menggunakan pemain
senior dalam minit terakhir permainabenar-benar menjadi,” kata jurulatih
negara, Dollah Salleh. – MINGGUAN
No comments:
Post a Comment