Ad

Friday 21 November 2014

Gary idam jadi tonggak Harimau



Bukit Jalil: Pemain tengah Gary Steven Robbat berharap dia berada dalam perancangan jurulatih Dollah Salleh apabila Harimau Malaya turun dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar, Ahad ini.

Bagi Gary, 22, aksi berdepan Myanmar itu mempunyai sentimen peribadi buat dirinya apabila pernah dikecewakan lawan sama pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 di Yangon pada 2012.

Biarpun kejohanan itu berbeza dan sudah lebih dua tahun berlalu, perit kekalahan perlawanan terakhir Kumpulan G kepada Myanmar 1-2 yang menyebabkan Malaysia gagal ke suku akhir masih dirasai pemain Harimau Muda A itu.

“Saya fikir ramai pemain skuad bawah 22 tahun kini bersama pasukan senior Myanmar dan ini peluang terbaik saya menebus kekecewaan itu. Saya harap dapat beraksi dalam perlawanan menentang Myanmar, tapi terpulang kepada perancangan jurulatih Dollah Salleh,” katanya yang kembali mendapat perhatian selepas beraksi di Sukan Asia Incheon September lalu.

Kehadiran Gary yang bangkit merebut tempat selepas lebih setahun berehat akibat kecederaan belakang memberikan Dollah banyak pilihan di bahagian tengah selain Safiq Rahim, Badhri Radzi, Baddrol Bakhtiar, Hafiz Kamal dan Shukor Adan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 5:09 AM
- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/10600#sthash.mWA6PRUd.dpuf

No comments:

Post a Comment