25 November 2014 1:25 AM
Mohd. Afif Amiru ddin (kanan)
membuat larian memanaskan badan bersama rakan sepasukan dalam skuad Ha
Mohd. Afif Amiru ddin (kanan)
membuat larian memanaskan badan bersama rakan sepasukan dalam skuad Harimau
Malaya sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Serangoon, Singapura semalam.
– UTUSAN
SINGAPURA – Permainan kental
yang ditunjukkan oleh pertahanan PDRM, Afif Amiruddin telah mencuri perhatian
di Piala AFF di sini, dan tidak keterlaluan jika dia diangkat sebagai pemain
terbaik ketika Malaysia bertemu Myanmar dalam saingan Kumpulan B kelmarin.
Walaupun kali ketiga bermain
untuk skuad Harimau Malaya, pertemuan yang berkesudahan seri 0-0 itu adalah
perlaw anan kompetitif pertama buat pemain yang sudah mencecah 30 tahun itu.
Namun, dengan corak permainan
yang ditunjukkannya, adalah jelas dia merupakan antara pemain tonggak buat
Dollah Salleh di bahagian pertahanan.
Ketenangannya dalam menangani
hantaran-hantaran tinggi selain bijak membaca permainan pihak lawan menjadi
aset kepada kejayaan skuad negara mengikat Myanmar biarpun terpaksa beraksi
dengan 10 pemain sepanjang 55 minit.
Namun Afif belum puas dengan
tahap persembahannya dan mahu memperbaiki segala kelemahan agar dapat tampil
lebih baik semasa menentang Thailand petang esok.
“Masih banyak perkara perlu
diperbaiki memandangkan ini aksi pertama saya dalam Piala AFF.
“Strategi pasukan juga
terbantut selepas bermain dengan 10 orang namun syukur kerana kami tidak
dibolosi. Diharapkan jurulatih memberikan kepercayaan kepada saya sekali lagi
untuk perlawanan dengan Thailand,” katanya.
Berketinggian 1.86 meter, Afif
menjadi pilihan utama Dollah untuk bergandingan dengan Mohd. Fadhli Shas
selepas Mohd. Muslim Ahmad digantung satu perlawanan setelah menerima kad merah
semasa bertemu Vietnam pada perlawanan persahabatan di Hanoi.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aksi-mantap-afif-curi-tumpuan-1.28855#sthash.ZX20rCvm.dpuf
No comments:
Post a Comment