Ad

Monday, 24 November 2014

Bukan mudah jinakkan Malaysia



Bukan mudah jinakkan Malaysia
 
SKUAD negara (jersi jalur kuning) sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Myanmar pada aksi pertama Kunmpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar Singapura semalam.

“MALAYSIA bukan lawan yang mudah.” Demikian pengakuan jurulatih Myanmar, Radojko Avramovic semalam selepas menyaksikan skuad kendaliannya mencatat keputusan seri tabnpa jaringan dengan Harimau Malaya pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan besar, Singapura.

Avramovic juga mendedahkan bahawa skuad kendaliannya tidak memiliki kelebihan meskipun beraksi menentang 10 pemain skuad Harimau Malaya selepas pemain tengah, Gary Stevan Robbat dilayangkan kad merah pada minit ke-34.

Bekas pengendali Singapura itu mendedahkan, Malaysia memiliki barisan pemain berkualiti dan tetap mampu memberikan cabaran walaupun kehilangan seorang pemian seawal babak pertama perlawanan lagi.

Jelasnya, keadaan permukaan padang yang teruk di Stadium Jalan Besar, juga antara salah satu faktor mengapa The White Eagles gagal mengekalkan rentak yang lebih baik.

“Kami menentang pasukan yang pernah menjuarai Piala AFF Suzuki dan pemenang pingat emas Sukan SEA. Jadi, mereka adalah satu pasukan yang cukup hebat.

“Saya tidak fikir mereka beraksi dengan 10 pemain menjadi kelebihan kepada kami tetapi saya percaya mereka sebenarnya adalah satu pasukan berpengalaman dalam menangani situasi ini.

“Saya melihat pemain-pemain saya agak leka sebaik Malaysia beraksi dengan 10 pemain. Mereka juga seperti teragak-agak ketika berada dalam kotak penalti Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Avramovic mendedahkan, beliau menuntut pasukannya agar bangkit apabila berdepan dengan bekas pasukannya, Singapura pada perlawanan kedua di Stadium Nasional, Rabu ini.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B semalam, Thailand tampil dalam kelas tersendiri untuk menghampakan Singapura 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura.

Ternyata, rentak permainan agresif Thailand telah membuahkan hasil apabila membuka tirai jaringan menerusi Mongkol Tossakrai pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, kelebihan skuad kendalian Kiatisuk Senamuang itu tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi jaringan Khairul Amri.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri, Charyl Chappuis memastikan skuad Gajah Putih itu meraih tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-89.

sumberArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3JyfzzUs5Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment