08 November 2014 1:22 AM
Dollah Salleh
JOHOR BAHRU – Dollah Salleh
kecewa kerana segelintir anak buahnya bersikap sambil lewa di padang sedangkan
mereka hanya memiliki beberapa hari sahaja lagi untuk menghadapi Kejohanan AFF
di Singapura.
Tegas Dollah, sikap sebegitu
tidak seharusnya ada pada pemain ketika ini, sebaliknya mereka mesti memberikan
aksi terbaik apabila diberi tanggungjawab.
Dia juga tidak menafikan
persefahaman antara pemain masih belum mantap dan ini jelas menjejaskan rentak
permainan sebagaimana yang dipamerkan dalam perlawanan persahabatan menentang
pasukan Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dibarisi pemain bawah 21
tahun malam semalam.
“Saya kecewa dengan beberapa
pemain ketika beraksi di padang. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan
sebaliknya beraksi sambil lewa. Saya mahu pemain bekerja keras dan
mendisiplinkan diri.
“Saya tidak mementingkan berapa
gol yang dijaringkan sebaliknya sikap pemain di atas padang yang saya titik
beratkan. Ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan hati saya tetapi saya
percaya perkara ini dapat diatasi segera,” katanya.
Mengulas mengenai perlawanan di
Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) itu, Dollah berkata, barisan
pemain yang diturunkan pada babak pertama mempamerkan aksi yang baik terutama
pada awal permainan namun pasukannya agak goyah pada babak kedua perlawanan.
“Dalam tempoh 20 minit awal
pemain mempamerkan corak taktikal yang menarik tetapi apabila pertukaran pemain
dibuat pada babak kedua, perbezaannya begitu ketara.
“Justeru itu semua pemain kena
ingat. Kita bukannya bermain 11 orang sahaja. Sebanyak 22 orang yang akan
tersenarai dalam skuad kebangsaan dan mereka seharusnya seimbang sama ada
pemain utama ataupun simpanan,” katanya.
Kecuali Safiq Rahim dan Safee
Sali, Dollah mencuba 24 pemain dalam perlawanan itu, namun Dollah berkata
terdapat pemain yang tidak mahu menonjolkan diri walaupun diberi peluang
beraksi selama 30 minit.
“Tidak kira sama ada beraksi 10
minit atau 30 minit, apa yang saya suka ialah jika pemain menunjukkan
kesungguhan apabila diberi tanggungjawab, tetapi apabila beraksi sambil lewa,
memang mengecewakan saya,” katanya.
“Selepas perlawanan berakhir
saya berjumpa dengan pemain dan memberitahu kepada mereka yang saya tidak
kejarkan kemenangan besar tetapi saya nak tengok apabila mereka diberi tugas
maka mereka melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dollah-kecewa-pemain-tidak-bersungguh-1.22008#sthash.eAwgFf6R.dpuf
No comments:
Post a Comment