Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah
telah meninggalkan impak yangbesar kepada perjuangan Islam kerana ia bukan
sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam,bahkan telah mengubah landskap
politik, ekonomi, dan sosial di Madinah. Sebelum penghijrahanNabi Muhammad SAW,
struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan fahaman perkauman yangmelampau dan
bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila Baginda
berjayamengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah (masyarakat) yang
saling menghormati antara satu sama lain.
Ummah
dari sudut bahasa bermaksud masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah
meruiuk kepada warga Madinah. Dalam al-Quran juga ada menyebut beberapa kali
perkataan ummah yang merangkumi golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam
Madinah, konsep ini jelas menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang
besar, iaitu masyarakat Islam yang terbahagi kepada golongan Muhajirin dan
Ansar serta masyarakat bukan Islam yang majoritinya berbangsa Yahudi namun
berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW.
Golongan Muhajirin
merupakan golongan pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-sama Nabi
Muhammad SAW ke Madinah. Golongan Ansar pula merupakan
penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum Aus danKhazraj. KaumYahudi
pula dapat dibahagikan kepadatiga, iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani
Quraizah.
Proses
pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi Muhammad
SAW menerima yahyu pertama pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui proses
dakwah yang berlangsung secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit
ditumpukan kepadakaum keluarga dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang
individu terkemuka menerima agamaIslam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti
Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi
Muhammad SAW dan Arqam bin Abi Arqam menjadikan kediaman mereka sebagai pusat
dakwah Islamiah.
Selepas tiga
tahun berdakwah secara sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT agar
berdakwah secara terbuka kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti
yang terkandung dalam surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini,
bermulalah penentangan oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara
Baginda sendiri, iaituAbu Lahab dan pengikutnya.
Kaum Quraisy
Makkah telah melakukan pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan secara diplomasi
dan kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan untuk menghalang
hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah dengan mengejek
atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy Makkah juga
berusaha menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW menghentikan
usaha dakwah, namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu, usaha diplomasi
terakhir yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah adalah dengan berunding
sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka menawarkan tiga perkara yang menjadi
buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat. Mereka juga mencadangkan
supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir menyembah Tuhan masing-masing.
Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan tersebut berdasarkan
perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui diplomasi,
kaum Quraisy Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyeksa penganut-penganut
Islam seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab bin Arrat. Kaum
Quraisy Makkah juga mengisytiharkan pemulauan terhadap kaum keluarga Nabi
Muhammad SAW setelah mendapati pengaruh Baginda kian meluas termasuk di
Habsyah. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun. Kemuncak penentangan yang
dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah mengadakan perancangan untuk membunuh
Nabi Muhammad SAW.
Kegagalan
membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Baginda mengubah strategi
dakwah. Tumpuan Baginda beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat
haji di kota Makkah. Sebenarnya usaha ini adalah susulan daripada kegagalan
Baginda mendapat sokongan daripada penduduk Ta'if (Bani Thaqifl yang telah
berjaya dihasut oleh kaum Quraisy Makkah.
Nabi Muhammad
SAW telah menemui beberapa orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd bin Samit
dan Iyas bin Mu'adh serta berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan
agama Islam. Susulan daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan
rombongan kaum Khazraj, Baginda telah menemui mereka berhampiran BukitAqabah.
Pada musim haji berikutnya, iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum
Khazraj dan 2 orang daripada kaum Aus datang menemui Baginda dan memeterai
Perjanjian Aqabah I. Mereka berikrar akan meninggalkan segala amalan jahiliah
termasuk penyembahan berhala, membunuh anak perempuan, hasad dengki, dan
menyakiti jiran. Nabi Muhammad SAW kemudiannya menghantar Mus'ab bin Umayr ke Yathrib
untuk mengajar al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.
Pada tahun
622M, seramai 73 orang dari Yathrib datang menemui Baginda dan kemudiannya
memeterai Perjanjian Aqabah II. Dalam perjanjian ini,
mereka bukan sahaja berjanji untuk
menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, malah menjemput
Baginda berhijrah ke Yathrib dan
melantik Baginda sebagai pemimpin mereka. Perkara paling
penting yang dipersetujui ialah mereka sanggup mempertahankan Baginda
sebagaimana mereka mempertahankan keselamatan diri dan keluarga mereka sendiri.
Berdasarkan keadaan ini serta wujudnya rancangan untuk membunuh Baginda oleh
kaum Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad SAW telah melakukan hijrah ke Yathrib
pada tahun tersebut.
Peristiwa
penghijrahan telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah negara Islam
di Madinah. Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda telah merangka sistem
perundangan yang bersumberkan wahyu agar memberikan keadilan kepada semua warga
Madinah. Piagam Madinah yang digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh
tentang hak orang Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab
bersama arfiaraorang Islam dengan bukan Islam. Salah satu fasal penting dalam
piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang merujuk kepada warga Madinah yang
beragama Islam dan bukan beragama Islam wajib hidup dengan saling
hormat-menghormati dan mengiktiraf kepemimpinan Nabi Muhaammad SAW sebagai
pemimpin tertinggi negara.
Walau
bagaimanapun, konsep ummah yang dibentuk oleh Baginda telah mengalami perubahan
berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi
tersebut telah memaksa Nabi Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah.
Selepas peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam
yang berpaksikan akidah yang sama serta mengamalkan konsep ak'hlak amal ma' ruf
nahi munkar.
Kesimpulannya,
proses pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini telah
memakan masa yang lama. Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW
merangka strategi supaya
pembentukan ummah berlaku secara evolusi menggambarkan
kehebatan Baginda sebagai pemimpintertinggi negara. Malah, kebijaksanaan
Baginda kian terserlah apabila berjaya menyatukan masyarakat berbilang bangsa
di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang adil dan harmonis terutama
selepas pengusiran kaum Yahudi.
No comments:
Post a Comment