24 November 2014 2:55
Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi yang dilaksanakan atas arahan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah untuk membanteras PATI
yang terlibat dengan penerokaan tanah dan kebun haram selain kegiatan jenayah.
Beliau berkata, operasi
dilaksanakan menerusi konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang
melibatkan kerjasama antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan ATM.
“Rondaan dan operasi bersama
Imigresen dan pihak-pihak yang berkaitan lain secara menyeluruh akan dijalankan
selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun
Lembaga Penapis Filem (LPF) di pusat beli-belah Alamanda di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Zahid
berkata, kementeriannya akan turut menjejaki dan mendakwa ejen yang dipercayai
terlibat menipu warga asing sehingga mengakibatkan berlaku kebanjiran golongan
berkenaan di Cameron Highlands.
Beliau berkata, tindakan sama
juga akan diambil terhadap majikan yang menggaji PATI biarpun sudah mengetahui
perkara tersebut menyalahi undang-undang.
“Pelbagai pihak perlu
bekerjasama termasuk pihak berkuasa tempatan terutamanya apabila mengetahui
pekerja di situ adalah PATI,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya
jumlah anggota terlibat dengan operasi tersebut, Khalid berkata, pihaknya telah
meletakkan jumlah anggota yang mencukupi.
“Ramai dan cukup untuk kita
menggempur tanah tinggi tersebut,” katanya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pdrm-atm-gempur-cameron-highlands-1.28589#sthash.yawZ5Xfc.dpuf
No comments:
Post a Comment