SABTU, 7 MAC 2015 @ 11:13 PM
Oleh Wan Fakhrul Bakar / Rizar
Mohd Noor / Asrol Awang / Faizol Azlan Razak
bhsukan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Selangor
kendalian Mehmet Durakovic akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung dalam
saingan Liga Super, musim ini selepas garang membelasah Polis Diraja Malaysia
(PDRM) 4-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Dalam perlawanan lain, Johor
Darul Ta'zim (JDT) bangkit sebelum menewaskan Sarawak 2-1 di tempat sendiri
manakala Pahang turut ceria menewaskan Sime Darby 2-0 di Kuantan.
Terengganu harus menggigit jari
selepas membiarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bangkit untuk seri 2-2 di
laman sendiri manakala FELDA United dan Lions XII seri 0-0 di Stadium MP
Selayang.
Kemenangan penting Selangor itu
juga sekali gus menamatkan rentak cemerlang barisan Azman Adnan yang meraih dua
kemenangan berturut ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan sebelum ini.
Selangor mendahului 1-0 pada
separuh masa pertama menerusi sepakan mudah Ahmad Hazwan Bakri ke gawang
terbuka pada minit ke-23 selepas pemain pertahanan PDRM, V Thirumurugan
tersilap mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekali gus memerangkap penjaga
golnya sendiri, Badrulzaman Abdul Halim.
Hanya selepas 34 saat separuh
masa kedua bersambung, Selangor berjaya menambah gol kedua menerusi penyudah
kemas Afiq Azmi yang melepasi kawalan benteng pertahanan, namun PDRM berjaya
merapatkan kedudukan pada minit ke-58 hasil rembatan Dramane Traore dalam kotak
penalti untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Syamim Othman.
Selangor bagaimanapun kembali
bangkit garang menambah dua lagi gol menerusi Abdul Hadi Yahya pada minit ke74,
tidak sampai seminit selepas dia dimasukkan disusuli gol keempat hasil rembatan
kencang kaki kiri penyerang import, Guilherme De Paula minit ke-78.
PEMAIN Selangor Abdul Hadi
Yahya ( 2, kanan) meraikan gol jaringannya ketika menentang PDRM FC dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam. Selangor menang 4-1. -Foto Osman
Adnan
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 7.3.2015
No comments:
Post a Comment