Ad

Friday, 6 September 2013

Bendera: TPM selar penglibatan A. Samad Said

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar penglibatan sasterawan negara, Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera lain daripada Jalur Gemilang pada Jumaat lepas.
Beliau berkata, penglibatan A. Samad dalam acara pada ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-56 adalah tidak sesuai dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sasterawan negara.
"“Kita tahu di Malaysia sudah ada simbol negara kita sendiri iaitu bendera Malaysia, Jalur Gemilang kita berikan nama. Ia telah diterima oleh rakyat dan di mana-mana sahaja, orang kenal kita dengan Jalur Gemilang.
"Bagi saya (ia) tidak harus dilakukan, dan sesuatu yang memalukan apatah lagi dilakukan oleh sasterawan negara," katanya dalam sesi dialog dengan hampir 2,500 pelajar lama dan baharu Universiti Malaya (UM) sempena Minggu Haluan Siswa UM sesi 2013/2014 di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Datuk Prof Murshidi Sirat, Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Datuk Dr Rohana Yusof. - BERNAMA


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_37/Bendera-TPM-selar-penglibatan-A-Samad-Said#ixzz2e7EhmztI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment