Ad

Friday, 6 September 2013

Sasar 200,000 pelajar luar

Muhyiddin Yassin diberi penerangan mengenai kampus baharu MDIS Malaysia yang akan dibina di Educity, Nusajaya oleh Dr. R. Theyvendran (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Presiden Majlis Tadbir Urus MDIS, Dr. Eric Kuan (kanan) dalam majlis pecah tanah projek tersebut di Nusajaya, Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Oleh HANIZA HASSAN dan AZIZI MAJIDutusanjohor@utusan.com.my


NUSAJAYA 5 Sept. - Kerajaan menyasarkan untuk menarik kira-kira 200,000 penuntut antarabangsa melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menjelang 2020.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini terdapat lebih 90,000 penuntut antarabangsa dari lebih 100 negara sedang mengikuti pengajian di negara ini.
"Malaysia kini telah meningkatkan daya tarikannya sebagai penyedia pendidikan tinggi di peringkat global dan buktinya, negara kini berada di tangga ke-11 terbesar menyediakan perkhidmatan pendidikan dan pengajian tinggi bertaraf antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) di Educity, di siOleh HANIZA HASSAN dan AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.myni hari ini.
Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Setiausaha Agung MDIS, Dr. R. Theyvendran.
Kampus MDIS Malaysia yang dibina di atas tanah seluas 12 hektar dan melibatkan pelaburan bernilai RM300 juta akan menjadi kampus keduanya di luar negara selepas yang pertama di Tashkent, Uzbekistan.
Kerja pembinaan kampus itu melibatkan tiga fasa yang dijangka siap sepenuhnya pada 2023 dan apabila siap nanti mampu menampung kira-kira 10,000 penuntut.
Kampus baharu MDIS adalah lima kali lebih luas berbanding kampus induk di Singapura dan bakal dilengkapi peralatan serta kemudahan terkini termasuk dua blok asrama bagi pembinaan fasa pertama yang dijangka siap pada 2015.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa perancangan termasuk pelan pembangunan komprehensif Iskandar Malaysia yang meliputi pembangunan mapan dalam sektor pendidikan di Educity.
Muhyiddin berkata, pembangunan Educity merupakan salah satu projek pemangkin yang bakal meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran di rantau Asia dan amat bermakna kepada Johor ekoran impak hab pendidikan terhadap ekonomi penduduk tempatan.
"Projek Educity di dalam kawasan wilayah Iskandar Malaysia berjaya menarik lebih RM700 juta pelaburan dengan 70 peratus atau 86.60 hektar tanahnya kini dibangunkan dengan tiga buah kampus universiti antarabangsa dan yang terbaru adalah kampus MDIS.
"Sehubungan itu, saya yakin Iskandar Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur asing termasuk mereka yang berminat dalam bidang pendidikan dan kerajaan akan membantu dalam menyediakan segala kemudahan yang diperlukan," katanya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_01/Sasar-200000-pelajar-luar#ixzz2e7CyeEbF

No comments:

Post a Comment