Ad

Tuesday, 3 September 2013

Kesan harga petrol naik dikaji

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyerahkan hasil kajian kesan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter ke atas golongan nelayan kepada Kabinet dalam masa sebulan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pandangan atau cadangan bantuan khas atau insentif-insentif lain bagi mengurangkan bebanan nelayan akan dikemukakan sejurus kajian oleh pasukan khas itu siap.
Menurut beliau, pasukan khas yang dianggotai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Jabatan Perikanan Malaysia antara lain akan mengenal pasti kesan kenaikan harga minyak kepada golongan nelayan secara keseluruhan.
"Buat masa ini, kita tidak mahu terburu-buru mengatakan sama ada kenaikan harga minyak memberi kesan besar atau kecil kepada golongan nelayan, justeru kita menubuhkan satu pasukan khas serta-merta untuk mengkaji perkara ini sebelum mengemukakannya kepada Kabinet dalam masa sebulan," katanya selepas Majlis Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130904/dn_11/Kesan-harga-petrol-naik-dikaji#ixzz2du9Qw08B

No comments:

Post a Comment