Oleh
Nur Syazwana Mansor
Jerai:Selepas lama berdiam
diri, akhirnya bekas pemain kebangsaan, Adnan Saidin - atau lebih dikenali
sebagai Raja Libas, turut tampil bersuara untuk menyatakan rasa tidak puas hati
dengan kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
Semalam dia menyertai sejumlah
rakan seangkatan, membidas Presiden persatuan berkenaan, Datuk Ahmad Ismail
atas perkembangan menyedihkan menimpa sukan sepak takraw.
Atlet kelahiran Alor Setar
Kedah itu yang jelas kecewa dan terkilan, menyifatkan kepimpinan persatuan
terbabit gagal meningkatkan mutu sukan berkenaan sejak mereka mengambil alih
tampuk pengurusan pada 2003.
Katanya, persatuan terbabit
bukan saja gagal dalam aspek mempertahankan kegemilangan sukan itu, malah
dilihat seperti tidak membuat sebarang perancangan rapi untuk memastikan hala
tuju.
BERITA HARIAN ONLINE 2.2.14
No comments:
Post a Comment