Ad

Saturday, 1 February 2014

Pahang lebur ego Lions XII

Pahang lebur ego Lions  XII
PEMAIN Lions XII, Khairul Amri (kanan) diasak pemain Pahang, Zeshan Rehman pada perlawanan Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. Keputusan Pahang menang 2-1. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Singapura: Pahang mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Lions XII 2-1 pada aksi pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, malam tadi, sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah selama 18 bulan wakil Singapura itu di gelanggang keramat mereka.

Dua jaringan pantas menerusi Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin pada awal babak kedua sudah cukup untuk membawa Pahang kendalian Ronald Smith layak untuk bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kendalian bekas jurulatih mereka, Dollah Salleh atau kelab dari Pulau Pinang, PBAPP FC.


Bagi Lions XII kendalian Fandi Ahmad, kekalahan itu bukan saja meneruskan penyingkiran awal mereka selepas tewas 1-0 kepada PKNS FC pada pusingan pertama musim lalu, malah rekod kebal tanpa kalah di Stadium Jalan Besar sejak kali terakhir tewas 1-0 kepada Johor FC pada aksi Liga Super, 14 Julai 2012 akhirnya lebur.

Sumber:BERITA HARIAN ONLINE 2.2.14

No comments:

Post a Comment