Oleh
Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
PEMAIN JDT, Luciano Figueroa
(kanan) dan Pablo Aimar menunggu pemain T-Team memasuki padang pada separuh
masa kedua perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos,
Larkin, Johor Bahru, malam tadi. Perlawanan terpaksa ditangguhkan berikutan
T-Team enggan meneruskan perlawanan selepas ketinggalan 2-1 pada separuh masa
pertama. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Johor Bahru: Hampir 30,000 penyokong
Harimau Selatan pulang hampa apabila perlawanan pusingan kedua Piala FA antara
Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team terpaksa ditangguhkan pada babak
kedua perlawanan, malam tadi.
Perlawanan di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin, di sini, terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului
T-Team 2-1.
Komisioner perlawanan, Zainal
Mukri, berkata selepas tamat perlawanan masa pertama berlaku pertelingkahan
antara jurulatih JDT, Cesar Fernando Jiminez dan jurulatih kecergasan T-Team,
Stefano Impagliazzo.
Katanya, ketika di dalam
terowong pertelingkahan terbabit mendapat campur tangan pemain kedua-dua
pasukan hingga menyebabkan T-Team enggan meneruskan perlawanan.
Aimar ledak
“Saya belum mendapat laporan
rasmi kenapa T-Team enggan meneruskan perlawanan. Kita akan mendapatkan alasan
rasmi daripada mereka.
“Jadi, perlawanan malam ini
(malam tadi) ditangguhkan. Kejadian dan keputusan malam ini akan dihantar
kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM untuk keputusan lanjut,” katanya.
Dalam perlawanan itu, gol
pertama JDT dijaringkan Pablo Aimar hasil sepakan percuma di luar kotak penalti
pada minit ke-16 selepas Amri Yahya dijatuhkan pemain pelawat.
JDT kemudian mengukuhkan
kedudukan pada minit ke-20 selepas hantaran lintang Aimar ditanduk kemas
Liciano Figueroa.
Kapten T-Team, Mohd Marzuki
Yusof bagaimanapun merapatkan jurang hasil sepakan percuma di luar kotak
penalti pada minit ke-26.
BERITA HARIAN ONLINE 2.2.14
No comments:
Post a Comment