SEORANG penduduk melarikan diri
selepas Gunung Sinabung meletus di daerah Karo, Sumatera semalam.- REUTERS
KARO – Seramai 14 orang
terbunuh termasuk empat orang pelajar semalam selepas Gunung Sinabung di sini
menghamburkan lahar dan gas panas, kata seorang pekerja bantuan kemanusiaan.
Menurut pekerja itu, Benny
Kaban, lebih banyak mangsa yang mati akan ditemui selepas gunung tersebut yang
terletak di utara Sumatera meletus.
Gambar-gambar yang dirakamkan
seorang jurugambar agensi berita AFP menunjukkan beberapa mayat diselubungi
debu ketika beberapa pekerja penyelamat memakai topeng gas tiba untuk
menyelamatkan mangsa-mangsa gunung tersebut.
Tiga orang lagi termasuk
seorang bapa dan anaknya melecur setelah terkena debu panas dan mereka kini
dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital.
Gunung itu menghamburkan debu
dan batu setinggi 2,000 meter ke udara.
Kejadian itu berlaku selepas
lebih 13,000 penduduk kembali ke rumah masing-masing selepas gunung tersebut
yang setinggi 2,460 meter menunjukkan pengurangan aktiviti letusan.
Gunung itu mula meletus sejak
November tahun lalu. – Agensi
KOSMO ONLINE 2.2.14
No comments:
Post a Comment