PENDUDUK kampung terkejut
apabila mendapati sungai Jembatan Kuning, Bontang bertukar menjadi warna merah.
- AGENSI
BONTANG, Kalimantan Utara -
Ribuan penduduk yang menetap di sekitar sungai Jembatan Kuning, di sini,
terkejut apabila mendapati air yang mengalir di sungai tersebut berubah menjadi
warna merah.
Seorang penduduk di kampung
Berbas Tengah yang tinggal berhampiran sungai berkenaan, Sudarman berkata, dia
menyedari perubahan warna air sungai itu kira-kira pukul 2 petang waktu
tempatan.
"Setakat ini, kami masih
tidak mengetahui bagaimana perkara ini boleh terjadi.
"Namun, kebanyakan warga
di sini percaya air tersebut berubah kerana terdapat aktiviti membuang
sisa-sisa cat atau pewarna ke dalam sungai,'' jelas Sudarman kepada Kompas.com
baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Agensi
Alam Sekitar Bontang, Agus Amir ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian
memberitahu, siasatan kini sedang dijalankan dan maklumat terperinci berkenaan
punca kejadian akan diberitahu kelak.
"Kami sudah mengambil
sampel air sungai dan akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji, sebelum
maklumat lengkap diumumkan,'' ujarnya lagi. - AGENSI
SUMBER:
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140215/lu_07/Air-sungai-berubah-warna-merah#ixzz2tLQAIGhr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment