Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Mohd. Badhri Radzi
KOTA BHARU - Kapten dan bintang
tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radzi yang selama ini sering disisihkan daripada
skuad kebangsaan mungkin mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya yang akan
menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015, 5
Mac ini.
Pengendali sementara Harimau
Malaya, Datuk Ong Kim Swee kelmarin memberi bayangan akan membuat sedikit
rombakan, termasuk memanggil beberapa pemain yang menunjukkan prestasi baik
dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) untuk membawa cabaran negara pada
kejohanan tersebut.
Malah, Kim Swee turut berada di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin untuk menyaksikan perlawanan
pusingan kedua Piala FA di antara Kelantan menentang Sabah, yang berkesudahan
The Red Warriors menang 2-1.
Kim Swee menjelaskan, beliau
akan memberi peluang sama rata kepada semua pemain bagi membolehkannya membuat
penilaian siapakah yang layak untuk membarisi skuad Harimau Malaya.
Katanya lagi, selepas dilantik
secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad
kebangsaan, Kelantan adalah lokasi pertama yang dilawatinya untuk menilai
keupayaan pemain bagi diserapkan ke dalam pasukan negara.
"Saya akan memberi peluang
kepada sesiapa sahaja.
"Peluang tersebut bukan
sahaja akan diberikan kepada ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi malah
pemain lain lain yang turut beraksi baik.
"Semua bergantung kepada
prestasi yang dipamerkan mereka dalam persaingan liga," katanya ketika
ditemui di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Tambah Kim Swee, beliau sudah
mengenal pasti posisi yang perlu diperkemaskan menjelang pertemuan dengan
Yemen, antaranya ialah barisan pertahanan.
"Posisi tersebut amat
merisaukan saya, namun saya telah mengenal pasti beberapa pemain yang akan
dipanggil untuk mengisi posisi tersebut," ujarnya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_07/Badhri-ada-peluang-sarung-jersi-kebangsaan#ixzz2sUThci77
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment