Atlet Universiti Sunway, Yap Leanne (kiri) dan Gade Siman
Sudartawa dari UiTM menunjukkan pingat emas masing-masing selepas memenangi
acara 50m kuak lentang di Pusat Akuatik Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Perenang kebangsaan, Khoo Chai Lin meneruskan
kecemerlangannya dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2014 apabila
merangkul pingat emas di Pusat Akuatik Darul Ehsan semalam.
Chai Lin yang mewakili Taylor University bukan saja
meraih dua lagi emas, malah memecah rekod temasya dalam acara 400 meter gaya
bebas dan 200m kuak dada wanita.
Dalam saingan 400m gaya bebas, pemenang pingat emas Sukan
SEA 2013 itu mencatat kepantasan 4 minit 31.67 saat, memadam rekod lama
5:03.51s milik Chui Lai Kwan.
Dia menewaskan Lee Zhien Huey (5:14.28s) dari Universiti
Putra Malaysia (UPM), manakala perenang Universiti Malaya (UM), Irene Chong
(5:22.72s) meraih gangsa.
Acara 200m kuak dada pula menyaksikan perenang kebangsaan
itu mencatat 3:04.72s berbanding 3:07.5s sebelum ini. Perak milik Yeoh Tze Yi
(3:10.70s) dari Inti International College dan gangsa diraih Kang Chern Lynn
(3:12.29s) dari Majlis Sukan Matrikulasi.
"Saya gembira dengan dua emas yang diraih tetapi
kurang berpuas hati dengan dengan cabaran yang diberikan peserta lain kerana
mereka sebenarnya boleh beraksi dengan lebih baik.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi saya
tetapi akan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu dalam acara karate kategori kumite wanita bawah
68 kilogram, pemenang pingat emas Sukan SEA 2013, S. Shree Sharmini dari UPM
berjaya meraih emas, menewaskan Siti Hajar Mohd. Azhar dari Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM).
Pingat emas kumite wanita melebihi 68kg milik S. Khasvini
dari Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR).
, mengalahkan Christina Edris dari Politeknik Sabah
dengan perak, manakala T. Sharmila dari Politeknik Terengganu serta Haani Lorea
Mohd. Azmi dari UiTM berkongsi gangsa.
Mathavan Vickneswaran dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
pula merangkul emas kumite lelaki bawah 75kg manakala Theeban Govindasamy dari
UPM memenangi emas kumite atas 84kg lelaki, manakala pingat perak menjadi milik
Muhammad Asyraf Jaapar dari UniSZA.
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140215/su_07/Chai-Lin-pecah-dua-lagi-rekod#ixzz2tLE9sqOu
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment