Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Goh V Shem tidak
mahu laluan sukar yang bakal diharungi bersama Lim Khim Wah pada saingan
Terbuka Jerman bermula 25 Februari ini, menjadi alasan kepada mereka untuk
pulang lebih awal.
Sebaliknya dia serta Khim Wah
yang masih segar dengan kemenangan pada saingan Siri Super Premier Terbuka
Malaysia bulan lalu, tetap meletakkan sasaran tinggi iaitu untuk mara
sekurang-kurangnya ke saingan separuh akhir pada saingan itu.Kedua-dua mereka dilihat berada
pada kemuncak prestasi tetapi undian Terbuka Jerman seolah-olah tidak memihak
kepada mereka apabila terpaksa melalui laluan berliku sekiranya mahu
merealisasikan impian mara ke separuh akhir.
“Bukan pada saingan suku atau separuh
akhir, bagi saya seawal pusingan pertama lagi laluan kami berdua tidak mudah.
V SHEM (kiri) letak sasaran
tinggi.
“Kekuatan mental memainkan
peranan utama. Kami perlu kuat menghadapi cabaran ini kerana lawan pasti
sentiasa mencari kelemahan kami berdua selepas memenangi Terbuka Malaysia.
“Kami perlu lebih konsisten dan
cuba untuk mengurangkan kesilapan sama terutama ketika Terbuka Malaysia lalu,”
katanya.
Pada pusingan pertama, V
Shem-Khim Wah dijangka tidak berdepan masalah menghadapi pasangan Hong Kong
Chan Yun Lung-Lee Chun Hei tetapi Michael Fuchs-Johannes Schoettler dari Jerman
yang mempunyai rekod lebih baik berbanding pasangan negara itu dijangka menanti
mereka pada pusingan kedua.
Seandainya melepasi rintangan
di pusingan kedua, beregu nombor tiga dunia dari Jepun Hiroyuki Endo-Kenichi
Hayakawa dijangka menanti mereka di suku akhir dan sekiranya berjaya melakukan
kejutan, lawan seangkatan mereka dari Indonesia Angga Pratama-Ryan Agung
Saputra mungkin bakal ditemui pada saingan separuh akhir.
V Shem berkata, dia serta Khim
Wah tidak pernah memandang mudah saingan Terbuka Jerman meskipun tumpuan lebih
terarah kepada saingan Seluruh England.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/02/15
MYMETRO ONLINE 15.2.14
No comments:
Post a Comment