Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
Penyokong pasukan JDT
menunjukkan tiket perlawanan sebagai tanda membantah penangguhan perlawanan
Piala FA antara JDT dan T-Team di Larkin, Johor Bahru malam semalam. -
UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU - Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga
membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos
malam semalam.
Selain itu mereka tidak berpuas
hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang
berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat.
PBNJ dalam laman Facebook
rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan,
jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas
ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.
Tiba-tiba pemain import T-Team
memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan
muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik
persalinan.
Pihak keselamatan stadium
diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam
laman sosial itu.
PBNJ mendakwa perlawanan
terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan
tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan
PBNJ turut mendakwa tiada
apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah
segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.
Menurut PBNJ, perlawanan
terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan
menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.
Menurut PBNJ lagi, mereka juga
tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang
berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong
ketika perlawanan sedang berlangsung.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140203/su_01/Mereka-cetus-provokasi#ixzz2sD7l1ZBm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment