JOHOR BAHRU - Pengurusan
pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) enggan memberi sebarang reaksi berhubung
kenyataan terbaharu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang
mahukan kesemua pemain T-Team dan pihak pengurusannya melakukan sumpah al-Quran
berhubung kemelut antara JDT dan T-Team.
Setiausaha Kehormat Persatuan
Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya enggan mengulas dan hanya
memberi jawapan tiada sebarang komen ketika dihubungi Utusan Malaysia.
"Wasalam
(Waalaikumussalam)... No komen (tiada ulasan)... harap maklum... tq (terima
kasih). Dalam kenduri arwah... jawapan saya tetap sama... harap maaf,"
katanya melalui mesej aplikasi WhatsApp.
Mohd. Fahmy berkata demikian
sewaktu diminta mengulas berhubung kenyataan Ahmad yang mahu kesemua pemain
T-Team dan pihak pengurusan mereka mengangkat sumpah serta meminta pihak JDT
melakukan perkara sama.
Menurut Ahmad, tindakan
tersebut adalah wajar dilakukan bagi mengenalpasti pihak mana yang berkata
benar berhubung kejadian yang berlaku pada separuh masa pertama perlawanan
pusingan kedua Piala FA antara dua pasukan terbabit yang dihentikan Sabtu lalu.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140208/su_02/No-komen---PBNJ#ixzz2sgAvVpyw
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment