REUTERS
SEBAHAGIAN pelarian Rohingya yang ditahan di Pusat
Tahanan Imigresen di Songkhla, Selatan Thailand kelmarin.
BANGKOK - Kerajaan Thailand mengusir 1,300 orang pelarian
Rohingnya kembali ke Myanmar, kata seorang pegawai tinggi negara ini semalam.
Tindakan itu sekali gus mengabaikan amaran yang
dilancarkan aktivis-aktivis kemanusiaan di dunia bahawa etnik Rohingya ditindas
di Myanmar.
Ribuan etnik Rohingya yang dilabelkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai antara penduduk minoriti yang paling ditindas di
dunia telah melarikan diri dari barat Myanmar dengan menaiki bot sejak tahun
2012.
Kebanyakan etnik Myanmar yang beragama Islam itu menuju
ke Malaysia.
Kira-kira 2,000 orang pelarian Rohingya yang tiba di
Thailand dikurung di dalam penjara imigresen yang sesak.
Terdapat juga pelarian itu ditempatkan di pusat-pusat
perlindungan wanita dan kanak-kanak.
Ketua Imigresen Thailand, Leftenan Jeneral Pharnu
Kerdlarpphon berkata kepada agensi berita AFP, Thailand mula mengusir pelarian
itu sejak September tahun lalu dengan menggunakan pintu pemeriksaan sempadan di
wilayah Ranong.
Bagaimanapun, tindakan itu diselar para aktivis kerana
etnik Rohingnya akan menghadapi sekatan perjalanan, menjadi buruh paksa dan
tidak menerima kemudahan akses pendidikan serta kesihatan.
Seorang penyelidik kanan sebuah pertubuhan hak asasi
manusia, Sunai Phasuk dari Human Right Watch berkata, pengusiran pulang itu
melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia akan menyebabkan etnik Rohingya
berdepan dengan bahaya dan penindasan.
Lebih 200 orang terbunuh dan 140,000 orang lagi hilang
tempat tinggal ekoran rusuhan agama berlaku melibatkan etnik Rohingya di negeri
Rakhine, Myanmar. - Agensi
SUMBER KOSMO ONLINE 14.2.14:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/ Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment