Ad

Saturday, 15 February 2014

Timah Tassoh alami kemerosotan ketara

Oleh Shamsul Munir Safini
 Foto
Kangar: Empangan Timah Tassoh di Padang Besar, di sini, yang menjadi sumber bekalan air untuk negeri ini dikesan mengalami kemerosotan paras air berikutan musim kemarau yang berlarutan sejak lebih tiga minggu.

Bacaan terkini empangan itu berada pada paras 27.71 meter berbanding bacaan biasa iaitu 29.1 meter.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata, ia adalah bacaan terendah pernah dicatatkan di empangan berkenaan berbanding paras terakhir pada 28 meter.

“Pihak JPS menganggap bacaan itu adalah di peringkat biasa, tetapi jika cuaca kemarau masih berlanjutan maka tidak mustahil paras air di empangan berkenaan akan terjejas teruk.

“Baki bekalan yang ada masih boleh bertahan untuk tiga minggu lagi, namun selepas itu jika tiada hujan, kita perlu mengambil langkah lain termasuk mengehadkan bekalan air yang disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang berikutan simpanan air empangan itu masih mencukupi.

PEKERJA Empangan Timah Tassoh, Amizan Azizan memeriksa paras air empangan itu, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

MYMETRO ONLINE 14.2.14

No comments:

Post a Comment