Ad

Wednesday, 30 December 2015

Bukan salah Badrul!

Rekod 100m dikatakan tidak sah, KOM perlu jelaskan
30 Disember 2015 12:37 AM
KEGEMBIRAAN Badrul Hisham Abdul Manap melakar sejarah memecah
KEGEMBIRAAN Badrul Hisham Abdul Manap melakar sejarah memecah
KEGEMBIRAAN Badrul Hisham Abdul Manap melakar sejarah memecah rekod 100m kebangsaan, bulan lalu mungkin tidak berpanjangan andai ia tidak sah.
KUALA LUMPUR - “Bukan silap Badrul (Hisham Abdul Manap) jika terbukti rekod kebangsaan 100 meter yang dicatat pada Sukan Sekolah ASEAN di Brunei tidak sah, sebaliknya ia kesilapan penganjur.”
Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zainal Abbas mengakui kesilapan itu pasti mengecewakan Badrul, namun beliau percaya ­prestasi atlet berkenaan tidak akan terjejas dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.
“Ini sememangnya bukan salah Badrul dan sebagai pelari dia telah menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Jika rekodnya itu tidak sah, dia boleh cipta rekod baharu pada kejohanan lain.
“Bagi saya Badrul telah mempamerkan satu prestasi cemerlang dan membuktikan keupayaannya dalam larian, cuma nasib tidak menyebelahinya,” katanya semalam.
Pada 23 November lalu, Badrul mencipta sejarah apabila meme­cah rekod kebangsaan 100m dalam kejohanan itu menerusi catatan 10.29 saat, sekali gus memadam rekod 10.30s yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun.
Sementara itu, Watson menggesa Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tampil menjawab dakwaan mengenai isu rekod Badrul yang dikatakan tidak sah bagi mengelakkan ia menjejaskan kredibiliti badan induk itu.
Katanya, kontroversi kesahihan rekod itu memalukan olahraga negara berikutan timbulnya dakwaan penganjur kejohanan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
“KOM tentu tahu apabila seseorang atlet itu memecah rekod kebangsaan atau antarabangsa, mereka harus menepati peraturan yang ditetapkan IAAF sebelum rekod baharu itu menjadi rasmi,” katanya.
Watson berkata, adalah normal bagi atlet pecut menyaksikan rekod baharu yang dibuat mereka ditarik balik sejurus selepas itu kerana catatan dibantu angin atau faktor teknikal lain.
“KOM harus tahu kedudukan sebenar kerana ada antara pegawai tingginya yang mempunyai pengalaman luas hadir pada acara itu (ketika Badrul mencipta rekod) dan mampu memberi pengesahan segera sama ada rekod kebangsaan sudah dipecahkan atau sebaliknya mengikut piawaian IAAF,” katanya.
Media semalam melaporkan, rekod yang dicatat Badrul di Brunei mungkin tidak sah berikutan penganjur gagal memenuhi kete­tapan yang ditetapkan IAAF.
Antara sebabnya adalah pe­nganjur tidak memasang alat pe­ngukur angin di tempat yang betul serta gagal menyediakan bukti ‘photofinish’.
Persatuan Olahraga Brunei (BAA) dalam maklum balas mereka terhadap dakwaan itu, telah meminta Malaysia mengemukakan laporan rasmi supaya siasatan terperinci dapat dimulakan segera. – BERNAMA

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bukan-salah-badrul-1.174222#sthash.EuPRlryV.dpuf

No comments:

Post a Comment