Taif (Arab
Saudi): Polis yang menahan seorang pengemis Arab di depan sebuah hospital
kerajaan di sini terkejut apabila mendapati dia meraih pendapatan lebih
SR11,000 (RM12,500) sehari.
Polis
menahan lelaki berkenaan yang duduk di pintu masuk hospital itu ketika kempen
menangkap pengemis, perbuatan yang diharamkan di Arab Saudi dan negara
pengeluar minyak Teluk lain.
“Polis
menemui wang tunai SR11,000 pada pengemis berkenaan. Dia mengaku wang itu
diperoleh dengan mengemis pada hari itu. Polis juga menemui mata wang asing
daripadanya,” lapor portal berita ‘Sada.’
Kebanyakan
pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara Teluk lain adalah asing.
Mereka
biasanya akan diusir dari negara itu. - Agensi
Artikel ini
disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 6:49 AM
LELAKI
berkenaan dengan wang hasil mengemisnya dalam masa sehari.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/90794#sthash.nqQVmT33.dpuf
No comments:
Post a Comment