JUMAAT, 18 DISEMBER 2015 @
12:39 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
EMPAT pemain Tok Gajah terbabit
ialah penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, kapten mereka yang juga
bekas pemain Selangor, Razman Roslan, pemain tengah, Hafiz Kamal serta pemain
sayap, R Gopinathan. SHAH ALAM:
Empat pemain Pahang sah menjadi milik Selangor
dalam misi juara Piala Malaysia itu memperkuatkan pasukan untuk menghadapi
kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Empat pemain Tok Gajah terbabit
ialah penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, kapten mereka yang juga
bekas pemain Selangor, Razman Roslan, pemain sayap, R Gopinathan serta pemain
tengah, Hafiz Kamal.
Pengumuman pemain baharu ini disahkan oleh pengurus
Selangor, Amirudin Shari pada sidang media di Bangunan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK), sebentar tadi. Amirudin berkata, Persatuan Bola Sepak
Selangor (FAS) turut mengekalkan 15 pemain dari skuad sedia ada termasuk dua
pemain import mereka. "Kebanyakan pemain tempatan yang kekal adalah pemain
tonggak yang beraksi dengan cemerlang pada saingan musim ini.
"Malah, kita
mengekalkan pertahanan import Australia, Robert Cornthwaite dan menawarkan
sambungan kontrak kepadanya untuk dia terus menyarung jersi Selangor musim
depan," katanya. Beliau turut berkata, FAS sedang giat mencari dua lagi
pemain import bagi memenuhi kuota empat pemain yang dibenarkan, dengan
kedua-dua pemain itu semakin hampir menandatangani kontrak yang ditawarkan.
"Namun, kita tidak boleh umumkan kerana masih dalam perbincangan tetapi
kami optimis untuk mendapatkan kedua dua pemain itu," katanya.
Sumber://www.bharian.com.my/node/106187
No comments:
Post a Comment