Ad

Tuesday, 29 December 2015

KEGAGALAN RUNDINGAN BALING

 
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1955,  Rundingan   Baling  telah  berakhir  dengan  tanpa mencapai kejayaan.  Rundingan  yang  berlangsung  di antara pihak  kerajaan  dan  Parti  Komunis  Malaya  (PKM)  ini  bertujuan  untuk  menamatkan  darurat  Pertemuan  bersejarah  ini  telah  berlangsung  di dalam  empat  sesi  selama  dua hari,  bertempat  di  sekolah  Kerajaan  Baling,  Kedah.  

Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua  Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura,  Encik  David  Marshall  serta   Dato'  Sir  Tan  Cheng  Lock.  Manakala PKM diwakili  oleh  Chin  Peng  selaku  Setiausaha  Agung  PKM, bersama  dengan  Chen Tian dan Abdul Rashid  Maidin.   Dalam  rundingan  itu  Tunku  Abdul  Rahman  telah menerangkan  syarat-syarat  berkaitan  pengampunan  beramai-ramai dan pergolakan politik negara. 

Beliau  meyakinkan  PKM  bahawa   Persekutuan  Tanah   Melayu  sedang menuju ke arah mencapai  kemerdekaan  dan  menyeru  PKM  agar  menghentikan  keganasan.  Sesungguhnya,  Rundingan  yang  diadakan  ini  merupakan  kemuncak  usaha  kerajaan  dalam  mengatasi  pemberontakan  bersenjata  komunis.  Kegagalan  rundingan  ini  ialah  kerana  permohonan  PKM   agar  mereka  diberikan  pengiktirafan  serta  dibenarkan  mengamalkan  ideologi  Komunis  ditolak  dan  tidak  diterima  sama  sekali  oleh  kerajaan. 

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment