Sampai
bila Malaysia bebas daripada jenayah warga Afrika?
AZIAN
AZIZ |
26 Disember 2015 1:15 AM
KUALA
LUMPUR 25 DIS. - Percaya atau tidak, sindiket penipuan siber yang didalangi
warga Nigeria telah ‘menerbangkan’ kira-kira RM248 juta hasil pendapatan
jenayah mereka di negara ini ke negara tersebut dalam tempoh 11 bulan tahun
ini.
Angka
dan fenomena itu mencetuskan kebimbangan mengenai persoalan, sampai bilakah
Malaysia akan dijadikan hab penipuan oleh sindiket warga Afrika? Kenapa pula
rakyat Malaysia, khususnya wanita begitu mudah terpedaya?
Berdasarkan
statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dari Januari hingga
November lalu, kira-kira RM195 juta yang ‘diterbangkan’ adalah hasil penipuan
Sindiket Love Scam dan RM53 juta lagi daripada kelicikan Sindiket African
Hacker.
Timbalan
Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Senior Asisten
Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, jumlah kerugian melibatkan Sindiket Love
Scam itu hasil 1,380 laporan yang diterima di seluruh negara sementara bagi
Sindiket African Hacker, 139 laporan.
Beliau
berkata, Sindiket Love Scam yang beroperasi melalui laman sosial seperti
Facebook akan menggunakan teman wanita yang terdiri daripada warga tempatan
serta warga asing iaitu Filipina dan Indonesia yang menetap di negara ini
sebagai ‘jururunding’.
Menurutnya,
mereka juga membeli atau membayar komisen antara lima hingga 30 peratus kepada
orang tempatan yang sanggup menjual atau membenarkan akaun atau kad debit dan
kredit mereka digunakan untuk transaksi wang.
“Wang
yang diperoleh akan dihantar ke Nigeria melalui khidmat kiriman wang antarabangsa
ke bank tempatan di negara itu.
“Satu
lagi taktik sindiket ini ialah membuka akaun di bank tempatan di Nigeria
menggunakan dua nama iaitu nama ahli sindiket dan saudara-mara mereka agar wang
hasil penipuan yang dimasukkan di sini boleh dikeluarkan di sana dengan lebih
mudah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ujar
Roslan, sindiket African Hacker pula menggunakan kepakaran komputer dan akan
menggodam sistem, perisian dan e-mel mangsanya sebelum ‘menyedut’ wang mereka.
Tambahnya,
sindiket ini akan membeli data daripada pasaran gelap sebelum melakukan kerja
menggodam.
“Jika
data yang diperoleh mempunyai maklumat wanita yang berpotensi menjadi mangsa
penipuan mereka akan menjualnya kepada Sindiket Love Scam,” katanya.
Roslan
memberitahu, dengan perkembangan terkini, pihaknya berharap orang ramai
berhati-hati dengan kegiatan penipuan kedua-dua sindiket ini terutama Love Scam
agar segera melaporkan kepada pihak polis jika mempunyai maklumat atau
berhadapan dengan cubaan penipuan mereka.
“Maklumat
segera mungkin dapat menyekat pengaliran wang ke Nigeria kerana pada hari
bekerja wang tersebut boleh dipindahkan dalam tempoh setengah jam sahaja,”
jelasnya.
Dalam
pada itu, Roslan mengakui, jumlah kerugian yang dilaporkan itu jika dihitung
pada tahun-tahun sebelumnya pasti lebih besar.
Mengulas
lanjut beliau memberitahu, sindiket ini bukan sahaja menjadikan masyarakat
negara ini sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain dan lebih membahayakan
mereka beroperasi di negara ini hingga Malaysia dianggap sebagai hab penipuan
warga Afrika.
“Apa
yang dikhuatirkan ialah jika dunia akan menganggap sindiket ini sebagai
Malaysian Love Scam yang pastinya memberi persepsi negatif kepada negara,”
katanya.
Roslan
turut mencadangkan agar kerajaan tidak mengeluarkan visa ijazah pertama kepada
warga Afrika terutama Nigeria dan hanya membenarkan mereka mengambil ijazah
lanjutan di negara ini.
“Kewujudan
polisi negara untuk menjadi hab pendidikan global sejak lebih sepuluh tahun
lalu menyebabkan ada di antara pelajar asing yang datang ke sini
menyalahgunakan visa pelajar dan mengambil kesempatan melakukan jenayah.
“Mungkin
dengan hanya membenarkan visa untuk ijazah lanjutan, yang datang ke negara ini
adalah yang benar-benar ingin melanjutkan pelajaran dan bukan sebaliknya,”
katanya.
-
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rm248-juta-wang-haram-8216-terbang-8217-ke-nigeria-1.172937#sthash.nD8ERGRq.dpuf
No comments:
Post a Comment