ISNIN,
28 DISEMBER 2015 @ 9:34 AM
Oleh
Ahmad Ismail bhjb@bh.com.my
BEKAS
pemain JDT, Mohd.Yussalman Jusoh terlantar akibat kemalangan motorsikal empat
tahun lalu di sekitar Bandar Baru Uda (BBU) di Johor Bahru selain mengalami
lumpuh separuh badannya kini menetap di kediaman keluarga isterinya, Nor Liana
Razali di Felda Palong Timur 1 Segamat. –
Foto
Ahmad Ismail SEGAMAT: Bekas pemain pertahanan Johor, Mohd Yussalman Jusoh kini
terlantar sakit di rumahnya di FELDA Palong Timur 1, dekat sini, akibat masalah
lumpuh seluruh badan. Pemain itu yang kini berusia 36 tahun dan memakai jersi
nombor 25 itu, beraksi bersama skuad berkenaan ketika dikendalikan oleh Wan
Jamak Wan Hassan pada tahun 2000.
Kerjaya pemain itu berakhir selepas terbabit dalam kemalangan motosikal
di Bandar Baru Uda, Johor Bahru ada 29 September 2011.
Dalam
kejadian 11 malam itu, dia percayai dirempuh, sebelum pemandu kenderaan
terbabit melarikan diri. Akibat
kejadian itu, Mohd Yussalman koma selama 11 hari di Hospital Sultanah Aminah,
Johor Bahru, sebelum disahkan hilang upaya selain pundi kencingnya pecah.
Ketika ditemui, Mohd Yussalman berkata, susulan kemalangan itu, beliau terpaksa
pulang ke kampungnya di FELDA Palong Timur 1.
"Saya
kini perlu mendapat rawatan susulan dua minggu sekali di Hospital Segamat dan
sebulan sekali di hospital pakar di Melaka untuk mendapatkan tiub dan beg air
kencing," katanya selepas menerima kunjungan Skuad Sayang Wanita Umno
Segamat di rumahnya di sini, semalam. Mohd Yussalman berkata dia kini
bergantung hidup kepada isterinya Nor Liana Razali, 32, yang turut menguruskan
tiga anak mereka iaitu Mohamed Daniel Iman, 9, Dayana Nurul Iman, 6, dan
Mohamad Zidane Mikail, 5.
Katanya,
beliau kini menerima bantuan bulanan sebanyak RM700 dari Pertubuhan Keselamatan
Sosial Malaysia selain RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM350
(Baitulmal), serta katil khas sumbangan bekas majikannya. "Isteri dan keluarga terutama bapa dan
ibu (Razali Daud dan Zarinah Hassan) turut banyak membantu menguruskan saya di
rumah sejak empat tahun lalu," katanya.
Mohd
Yussalman sebelum ini turut mewakili Johor pada Piala Menteri Besar Johor di
Daerah Mersing (1995), Piala Razak (1996), Piala Presiden (1998-2000) dan Pasir
Gudang pada 2001. Sementara itu, Ketua
Wanita UMNO Segamat, Puspa Hairani Hassan berkata pihaknya akan membantu Mohd
Yussalman dan keluarganya selain mengenal pasti perancangan sesuai untuk
menambah pendapatan mereka serta bantuan kos perubatan. BEKAS pemain JDT,
Mohd.Yussalman Jusoh (barisan belakang, tiga dari kanan) bersama pasukannya di
kejohanan Piala Razak pada tahun 1997 lalu. - Foto Ahmad Ismail
Sumber
: http://www.bharian.com.my/node/108889
No comments:
Post a Comment