Agensi
Cartagena:
Pihak berkuasa semalam mengumumkan ia menemui rangka kapal Sepanyol yang sarat
dengan emas, perak dan batu berharga, 300 tahun selepas ia dikaramkan Britain
di Laut Caribbean.
“Ia penemuan
harta karun paling bernilai pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata
Presiden Juan Manuel Santos, semalam.
Dia berkata
demikian di bandar pelabuhan Cartagena, berhampiran tempat pakar menemui harta
itu.
Pemburu
harta karun berusaha mencari kapal itu sejak puluhan tahun lalu yang disifatkan
oleh beberapa pihak sebagai ibu kepada semua kapal yang karam.
Jumlah harta
yang dipercayai berada dalam rangka kapal itu dianggarkan bernilai sekitar AS$2
bilion (RM8.4 bilion).
Nilainya
sepatutnya lebih tinggi tetapi menurun kerana kejatuhan mendadak harga perak,
menurut Sea Search Armada (SSA) yang berpejabat di Amerika Syarikat.
SSA yang
mendakwa menemui tempat rangka kapal itu terdampar pada awal 1980-an, terbabit
dalam pertelingkahan sengit dengan kerajaan Colombia mengenai hak ketuanan
terhadap harta itu.
Kapal itu,
San Jose, karam pada Jun 1708 berhampiran Islas del Rosario, di pesisir pantai
Colombia ketika bertempur dengan kapal Britain yang cuba merampas kargonya,
sebahagian daripada Perang Rebut Takhta Sepanyol.
San Jose
kapal utama mengetuai sekumpulan kapal membawa emas, perak dan barangan
berharga lain dari tanah jajahan Sepanyol di benua Amerika untuk Raja Philip V.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:09 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/98379#sthash.xfvDBnlB.dpuf
No comments:
Post a Comment