Ad

Thursday, 10 December 2015

Tangkas helang inspirasi Firdaus

 Oleh Esme Johari Wahab
esme@mediaprima.com.my
Alor Setar: Penjaga gol Helang Merah, Mohd Firdaus Muhamad adalah orang terakhir perlu ditembusi oleh skuad Selangor pada final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Firdaus pernah menimba pengalaman bersama skuad Harimau Muda dan Sukan Sea akan memanfaatkan pengalaman ada untuk memastikan Helang Merah mencapai kejayaan pada final nanti.

“Rasa gugup pasti ada kerana ia perlawanan terakhir dan impian mana mana persatuan bolasepak bersaing dalam kejohanan berprestij itu di Malaysia,” katanya.

“Saya mahu membalas kepercayaan dan menggembirakan peminat Kedah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang berjuang dalam musim Liga Perdana malah hingga sampai ke peringkat ini (final)”.

Kedah, juara Liga Perdana musim ini dan beraksi dalam Liga Super musim depan, menjulang Piala Malaysia empat kali - 1990, 1993 serta dua treble pada 2007 dan 2008.

Pasukan utara tanah air itu memenangi kejohanan liga Malaysia sebanyak tiga kali - 1993, 2007 & 2008.
 
Mereka bergelar juara Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 3:47 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/99027#sthash.PnsL8B09.dpuf

No comments:

Post a Comment